Rabu, 9 September 2009

Sejarah Penubuhan GPMS *bahagian4

Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor 1947

Pergerakan penuntut-penuntut Melayu di Victoria Institution telah berkembang kemudiannya ke beberapa buah sekolah lain di sekitar Kuala Lumpur. Pergerakan pelajar tersebut kemudiannya telah merebak ke daerah-daerah lain di Selangor seperti Klang dan Kajang.

Melihat kepada perkembangan yang semakin meluas, telah timbul hasrat di kalangan beberapa orang pelajar Melayu di daerah tersebut untuk menyatukan tenaga ke dalam satu badan yang lebih besar yang bertujuan bagi menyelaraskan kegiatan dan menjamin kemajuan pergerakan mereka. Hasrat pelajar tersebut telah menjadi satu kenyataan bila pada awal tahun 1947 sebuah badan pelajar peringkat negeri Selangor telah ditubuhkan. Badan tersebut telah diberi nama Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor.
Antara perintis penubuhan badan pelajar tersebut ialah Mohamed Mohd. Nor, Wan Sulaiman Pawanteh, Asraf Haji Abdul Wahab, Siti Hasmah Mohd. Ali, Radziah Ali, Ann Abdul Majid, Hanum Sulaiman, Nyaros Othman, Abdul Hamid Haji Yahya, Shukor Ayob, Wan Ariffin Pawanteh, Wan Mahmud Pawanteh dan Wan Hassan Pawanteh.

Tujuan utama penubuhan Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor tersebut ialah :­

a) Mencegah pemberhentian penuntut-penuntut Melayu dari sekolah Inggeris sebelum tamat pelajaran mereka. Pemberhentian ini berlaku kerana kesempitan hidup atau berumahtangga dalam kadar umur yang awal.

b) Menubuhkan satu derma pelajaran bagi membantu penuntut-penuntut yang ada cita-cita hendak meneruskan pelajaran tetapi tidak ada keupayaan, menubuhkan tabung derma bernama, 'Badan Derma Pelajaran Melayu Kuala Lumpur'.

c) Menggalakkan penuntut-penuntut belajar bersungguh-sungguh dan memberi didikan kepada mereka yang lemah dalam pelajaran dengan mengadakan kelas-kelas bimbingan.

Membicarakan tentang Kesatuan Penuntut Melayu Selangor terdapat dua (2) perkara yang perlu diperlihatkan. Pertama, sumbangan badan tersebut kepada pergerakan pelajar, tanah air ; dan Kedua, tekanan sosial yang ditanggungnya di peringkat awal penubuhannya. Dalam hal pertama ini, KPPMS adalah badan penuntut yang pertama sekali muncul di Tanah Melayu yang mana kemudiannya telah membantu menubuhkan beberapa kesatuan pelajar di tempat-tempat lain seperti Kesatuan Penuntut Melayu Pahang, dan kemudiannya telah turut bersama dalam usaha menubuhkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Mengenai hal Kedua, Kesatuan ini pernah mengalami dua (2) peristiwa pahit. Pertama, pergerakannya di peringkat awal telah dicurigai oleh Pejabat Pelajaran, Pejabat Polis dan para ibu bapa pelajar tersebut di mana mereka beranggapan bahawa ahli-ahli Kesatuan ini telah menjadi alat dan dipengaruhi oleh badan-badan siasah yang pada waktu itu tumbuh seperti cendawan di musim hujan.

Kedua, telah timbul anggapan dan tuduhan daripada masyarakat bahawa Kesatuan ini ditubuhkan hanya untuk mengadakan aktiviti-aktiviti bercorak sosial kerana telah mengadakan Pesta Ria dalam usaha Kesatuan mencari wang bagi mengisi Tabung Derma Pelajaran Melayu.

Intellectuals thrive, when societies undergo a crisis, when something great ia at stake. The intellectuals came on the sceneoin their countries when they needed reform and a conceptual articulation of nationalism.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More