Selasa, 11 Disember 2012

GPMS UUM lancar Modul Pembangunan Pelajar dan Tabung GPMS ‘Gaza Aku Datang’



Sintok : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS) Cawangan Khas Universiti Utara

Malaysia telah menganjurkan Majlis Malam Gala GPMS pada 30 November lalu. Majlis ini 

adalah simbolik kepada Pelancaran Modul Pembangunan Pelajar GPMS UUM dan Tabung 

GPMS ‘Gaza Aku Datang’.

Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk melancarkan modul pembangunan pelajar yang akan 


digunakan bagi membantu para pelajar mengasah kemahiran insaniah mereka. Pada majlis 

yang sama, Tabung GPMS ‘Gaza Aku Datang’ turut dilancarkan bagi mengumpul sebanyak 

mungkin dana kewangan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Sebagai badan bukan 

kerajaan (NGO), inisiatif ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial bagi mengubah 

nasib masyarakat seiring dengan peranan NGO sebagai agen perubahan.

Majlis yang berlangsung di Panggung Teater Eksperimen, Universiti Utara Malaysia ini telah 

dihadiri seramai 200 orang ahli GPMS UUM termasuk para jemputan. Pelancaran modul 

pembangunan pelajar telah disempurnakan oleh Penasihat GPMS UUM, Syamsul Anuar Bin

Che Mey@Ismail. Manakala, pelancaran Tabung GPMS ‘Gaza Aku Datang” telah 

disempurnakan oleh Pengerusi GPMS Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani. 

Majlis yang bertemakan ‘Takkan Melayu hilang di dunia’ ini turut diserikan dengan 

persembahan kebudayaan tradisional Melayu oleh ahli GPMS UUM sendiri. Menurut Shamsul 

Bahar Abd Rani, ‘majlis seperti ini wajar dilakukan oleh setiap NGO bagi meraikan ahli dan 

membantu orang lain yang tidak bernasib baik seperti di Palestin’.

Shamsul Bahar menyampaikan ucapan perasmian Pelancaran Tabung GAZA

Syamsul Anuar menyampaikan ucapan perasmian Modul Pembangunan Pelajar

Syamsul Anuar melancarkan gimik perasmian

Upacara memotong pulut kuning
Tetamu kehormat menjamu selera



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More