Rabu, 9 September 2009

Sejarah Penubuhan GPMS *bahagian1

SEJARAH PENUBUHAN GPMS

Kemunduran bangsa Melayu di bidang ekonomi, sosial dan politik telah menjadi pendorong yang kuat ke arah penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 14 dan 15 Ogos 1948. Atas hasrat untuk mengatasi segala kekurangan tersebut maka telah berkumpul beberapa orang pelajar Melayu Maktab,Raffles dan Maktab Perubatan Singapura bagi menaja penubuhan sebuah badan pelajar Melayu peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk menggabungkan semua badan pelajar yang sedia wujud ketika itu.

Kesedaran orang Melayu khususnya di kalangan pelajar tentang kemunduran dalam tiga (3) lapangan hidup tersebut telah bermula sejak awal tahun 1900 lagi. Sekitar tahun 1906 satu percubaan radikal untuk merubah cara fikir dan nilai-nilai hidup yang dianggap merugikan seperti halangan yang dikenakan kepada anak gadis untuk bersekolah dan sikap yang tidak menggalakkan anak-anak muda yang terdidik di Timur Tengah. Ada pun yang anak-anak tersebut dan yang terkemuka ialah Syed Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Salim Al Kalali.

Di bidang ekonomi pula, seorang pemikir muda iaitu Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah menulis satu rencana khas tentang kemiskinan orang Melayu sebagaimana yang tersiar dalam Al Ikhwan pada 16 Mac 1927. Manakala di bidang politik telah bangkit satu angkatan pelajar dari Sultan Idris Training College (SITC) yang telah bekerja keras dalam usaha mereka membebaskan negara dari belenggu penjajahan. Dengan mendapat asuhan semangat dari guru-guru muda seperti Abdul Hadi Hassan dan Harun Aminurashid, para pelajar tersebut yang diketuai oleh Ibrahim Haji Yaacob telah merintis perjuangan siasah secara kolektif.

Walau bagaimanapun, semua tuntutan dan perjuangan tersebut telah menjadi semakin berkesan hanya setelah tamatnya Peperangan Dunia Kedua, di mana pada masa itu satu kesedaran nasionalisme telah menjadi social force akibat berlakunya penyebaran idea mengenai kemerdekaan dan pembangunan. Kemenangan Jepun dalam peperangan tersebut dan hasrat Inggeris untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara jajahan dengan konsep 'Kesatuan Malaya' telah menumbuhkan secara spontan satu peribadi Melayu yang mementingkan rasa ketuanan di negara sendiri.

Sebenarnya GPMS telah pun melalui empat (4) peringkat masa iaitu dengan penubuhan beberapa kumpulan pelajar Melayu yang dengan sedar telah berusaha meningkatkan kualiti pelajaran dan pendidikan orang Melayu.

Peringkat Pertama ialah pada tahun 1937 di mana telah tertubuhnya 'Malay Boys League' di Penang Free School ; Kedua, pada tahun 1945 dengan tertubuhnya 'Kesatuan Penuntut Melayu Victoria Institution' ; Ketiga, pada tahun 1947 iaitu dengan tertubuhnya 'Kesatuan Penuntut Melayu Selangor' ; dan Keempat, pada tahun 1948 apabila tertubuhnya 'Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)'.

Sejarah Penubuhan GPMS *bahagian2

Malay Boys Leaque 1937

Penang Free School adalah sekolah yang mula-mula sekali didirikan di Tanah Melayu iaitu pada tahun 1816. Dari tahun tersebut hingga ke tahun 1937 pelajar-pelajar Melayu sentiasa ketinggalan dalam hal-hal persekolahan mereka dan setiap tahun pelajar bukan Melayu menduduki tempat-tempat tertinggi dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, tradisi kejayaan pelajar-pelajar bukan Melayu tersebut dapat dipecahkan oleh seorang pelajar Melayu bernama Abdul Wahab Mohamed Ariff apabila beliau telah berjaya menjadi pelajar terbaik dalam peperiksaan Senior Cambridge yang diambilnya pada tahun 1937, dan di atas kejayaan tersebut beliau telah dianugerahkan Penang Free School Centenery Gold Medal pada tahun 1938. Kejayaan tersebut merupakan satu rekod yang pertama dicapai oleh seorang pelajar Melayu.

Kejayaan Abdul Wahab Ariff menakjubkan teman-teman sebangsanya dan akibat dari peristiwa tersebut Abdul Wahab Ariff telah diminta oleh teman-temannya menunjukkan teknik-teknik untuk mendapatkan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. (Abdul Wahab Ariff sendiri juga merupakan pelajar terbaik dalam peperiksaan Standard VI, VII, Junior Cambridge dan Senior Cambridge). Abdul Wahab Ariff menyahut seruan teman-temannya dan memberikan bimbingan pelajaran kepada mereka.

Memandangkan bahawa teman-teman menggantungkan harapan yang tinggi kepadanya, maka pada tahun 1937 Abdul Wahab Ariff telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Malay Boys League yang bertujuan untuk menyedia dan melahirkan lebih ramai lagi pelajar Melayu yang berjaya mendapat pingat emas. Abdul Wahab Ariff telah dipilih sebagai Captain Liga tersebut. Beberapa ketika setelah penubuhan Liga tersebut, Abdul Wahab telah diminta oleh Guru Besarnya untuk membubarkan Liga yang dipimpinnya. Dalam keadaan yang terpaksa Abdul Wahab Ariff mematuhi arahan tersebut meskipun luahannya,

'.... in my blood I still felt very much concerned for the educational betterment of my fellow Malay students'. Tetapi meskipun begitu, Outside the school I managed to organize another Malay Student League which was more of an educational and social organization'.

Begitulah Abdul Wahab Ariff seorang anak muda yang ketika itu berumur 18 tahun telah merintis penubuhan perkumpulan pelajar yang telah menjalankan usaha sendirian ke arah meninggikan kualiti pelajaran dan pendidikan teman-temannya. Usaha yang dibuat itu terpaksa dimatikan pada tahun 1939 bilamana beliau telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran di King VII College of Medicine, Singapura.

Sejarah Penubuhan GPMS *bahagian3

Kesatuan Penuntut Melayu Victoria Institution 1945

Penggunaan Bahasa Inggeris dan pemusatan sekolah di Bandar-bandar adalah dua (2) ciri utama dalam sistem persekolahan menengah dan tinggi kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Akibat dari keadaan ini bilangan pelajar Melayu amatlah kecil di kedua-dua peringkat persekolahan tersebut.
Kekurangan pelajar Melayu di peringkat persekolahan menengah amat nyata. Pada tahun 1947 misalnya, dari jumlah keseluruhan orang Melayu dan bilangannya 2,162,031 hanya seramai 9,609 orang yang terdidik di peringkat menengah sedangkan pada masa yang sama dari jumlah penduduk Cina 1,184,534 seramai 30,107 orang bersekolah menengah manakala jumlah penduduk India dari jumlah keseluruhan 530,638 yang telah sampai ke peringkat persekolahan menengah adalah seramai 14,080 orang.

Kekurangan pelajar Melayu di peringkat menengah ini amat dirasakan bilamana sekolah­sekolah dibuka kembali selepas Perang Dunia Kedua. Pada waktu itu ramai penuntut Melayu terpaksa berhenti akibat dari kesempitan hidup dan umur yang sudah melewati dari had yang dibolehkan untuk bersekolah. Keadaan kurangan ini telah berlaku di Victoria Institution Kuala Lumpur pada tahun 1945 di mana hanya terdapat seramai sebelas (11) orang pelajar Melayu yang dapat melanjutkan pelajaran mereka di peringkat persekolahan School Certificate.

`.... bila kami mula lihat keliling hanya ada sepuluh (10) orang pelajar Melayu, kami mula tertanya-tanya sesama sendiri. Sebelum perang boleh dikatakan ramai juga anak-anak bangsa kita yang sama-sama belajar. Kami pun bersama-sama mengambil inisiatif menyelidik sebab-sebab terjadinya keadaan tersebut '. Dari kajian yang telah mereka jalankan, mereka dapati bahawa kemiskinan, tempat tinggal dan kepimpinan menjadi sebab utama mengapa pelajar Melayu tidak meneruskan pengajian mereka.

Setelah mengetahui latar belakang kejadian yang mengakibatkan kekurangan pelajar Melayu itu, para pelajar tersebut telah menubuhkan sebuah badan pelajar yang bergerak di kawasan sekolah yang diberi nama Kesatuan Penuntut Melayu Victoria Institution yang bertujuan membantu mana-mana pelajar Melayu yang memerlukan bantuan. Beberapa ketika setelah penubuhannya, kegiatan pelajar tersebut telah merebak ke kawasan luar sekolah iaitu di sekolah-sekolah lain di sekitar Kuala Lumpur.

Keadaan ini berlaku setelah tiga (3) bulan ianya berjalan di mana pelajar-pelajar Melayu di sekolah lain telah menyatakan keinginan untuk turut bersama memperjuangkan nasib rakan-rakan mereka. Hasil dari keadaan-keadaan ini maka Kesatuan yang telah ditubuhkan pada 20 November 1945 itu telah bertukar menjadi Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Kuala Lumpur. Hal ini berlaku pada 11 Februari 1946.

Sejarah Penubuhan GPMS *bahagian4

Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor 1947

Pergerakan penuntut-penuntut Melayu di Victoria Institution telah berkembang kemudiannya ke beberapa buah sekolah lain di sekitar Kuala Lumpur. Pergerakan pelajar tersebut kemudiannya telah merebak ke daerah-daerah lain di Selangor seperti Klang dan Kajang.

Melihat kepada perkembangan yang semakin meluas, telah timbul hasrat di kalangan beberapa orang pelajar Melayu di daerah tersebut untuk menyatukan tenaga ke dalam satu badan yang lebih besar yang bertujuan bagi menyelaraskan kegiatan dan menjamin kemajuan pergerakan mereka. Hasrat pelajar tersebut telah menjadi satu kenyataan bila pada awal tahun 1947 sebuah badan pelajar peringkat negeri Selangor telah ditubuhkan. Badan tersebut telah diberi nama Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor.
Antara perintis penubuhan badan pelajar tersebut ialah Mohamed Mohd. Nor, Wan Sulaiman Pawanteh, Asraf Haji Abdul Wahab, Siti Hasmah Mohd. Ali, Radziah Ali, Ann Abdul Majid, Hanum Sulaiman, Nyaros Othman, Abdul Hamid Haji Yahya, Shukor Ayob, Wan Ariffin Pawanteh, Wan Mahmud Pawanteh dan Wan Hassan Pawanteh.

Tujuan utama penubuhan Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor tersebut ialah :­

a) Mencegah pemberhentian penuntut-penuntut Melayu dari sekolah Inggeris sebelum tamat pelajaran mereka. Pemberhentian ini berlaku kerana kesempitan hidup atau berumahtangga dalam kadar umur yang awal.

b) Menubuhkan satu derma pelajaran bagi membantu penuntut-penuntut yang ada cita-cita hendak meneruskan pelajaran tetapi tidak ada keupayaan, menubuhkan tabung derma bernama, 'Badan Derma Pelajaran Melayu Kuala Lumpur'.

c) Menggalakkan penuntut-penuntut belajar bersungguh-sungguh dan memberi didikan kepada mereka yang lemah dalam pelajaran dengan mengadakan kelas-kelas bimbingan.

Membicarakan tentang Kesatuan Penuntut Melayu Selangor terdapat dua (2) perkara yang perlu diperlihatkan. Pertama, sumbangan badan tersebut kepada pergerakan pelajar, tanah air ; dan Kedua, tekanan sosial yang ditanggungnya di peringkat awal penubuhannya. Dalam hal pertama ini, KPPMS adalah badan penuntut yang pertama sekali muncul di Tanah Melayu yang mana kemudiannya telah membantu menubuhkan beberapa kesatuan pelajar di tempat-tempat lain seperti Kesatuan Penuntut Melayu Pahang, dan kemudiannya telah turut bersama dalam usaha menubuhkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Mengenai hal Kedua, Kesatuan ini pernah mengalami dua (2) peristiwa pahit. Pertama, pergerakannya di peringkat awal telah dicurigai oleh Pejabat Pelajaran, Pejabat Polis dan para ibu bapa pelajar tersebut di mana mereka beranggapan bahawa ahli-ahli Kesatuan ini telah menjadi alat dan dipengaruhi oleh badan-badan siasah yang pada waktu itu tumbuh seperti cendawan di musim hujan.

Kedua, telah timbul anggapan dan tuduhan daripada masyarakat bahawa Kesatuan ini ditubuhkan hanya untuk mengadakan aktiviti-aktiviti bercorak sosial kerana telah mengadakan Pesta Ria dalam usaha Kesatuan mencari wang bagi mengisi Tabung Derma Pelajaran Melayu.

Intellectuals thrive, when societies undergo a crisis, when something great ia at stake. The intellectuals came on the sceneoin their countries when they needed reform and a conceptual articulation of nationalism.

Sejarah Penubuhan GPMS *bahagian5

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung 1948

Syed Hussein Al Attas dalam bukunya, `The Intellectuals and Developing Societies' menulis :
Intellectuals thrive, when societies undergo a crisis, when something great ia at stake. The intellectuals came on the sceneoin their countries when they needed reform and a conceptual articulation of nationalism.

Kenyataan Al Attas tersebut adalah tepat untuk memaparkan sejarah penubuhan GPMS, Ketetapan tersebut adalah disebabkan suasana yang sedang dihadapi oleh bangsa Melayu ketika itu lantaran kurangnya pelajar Melayu di Peringkat pengajian tinggi. Akibat dari keadaan inilah maka isu utama yang menjadi pokok perbincangan selepas Perang Dunia Kedua ialah bagaimana caranya bagi mengatasi masalah tersebut yang sudah dianggap sebagai satu krisis kebangsaan yang mesti diatasi.

Seiring dengan hal tersebut hasrat untuk meramaikan pelajar Melayu di pusat pengajian tinggi telah menjadi social goal di kalangan masyarakat Melayu. Aminuddin Baki seorang pelajar Universiti Malaya Singapura dalam satu tulisannya menulis :

'Memandang pada pentingnya universiti itu bukan sahaja menjadi tempat mempelajari ilmu pengetahuan tinggi, tetapi juga sebagai tempat ' membentuk corak Melayu pada masa hadapan dan tempat asuhan pemimpin-pemimpinnya, maka tak dapat tidak jika bangsa kita ingin hidup maju dan mulia, maka terpaksalah bilangan penuntut kita diperbanyakkan lagi. Bangsa kita kekurangan doktor, peguam, ahli ikhtisas dan kekurangan dalam segala-­galanya. Kepada universiti itulah seharusnya kita mengarah pandangan berat memperbaiki keadaan kita yang serba serbi kekurangan ini'.

Pada pertengahan tahun 1948, Abdul Wahab Ariff iaitu Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Kolej Raffles dan Perubatan Singapura dalam ucapan tahunannya dengan tegas menyatakan,

'........ The Malay community was at present underrepresented at the upper educational levels. The Federation means nothing much to the present generation of Malay. Out of 2,200,000 Malays in the whole Malaya there are 25 Malay students out of 312 in the Medical College, 33 out of 300 in Raffles College and of 200 Malayan students in the United Kindom, there are only 38 Malays....'

Menyedari bahawa semangat yang meluap-luap sahaja tidak akan dapat menyelesaikan masalah, dan belajar dari peristiwa penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union di mana orang Melayu telah bersatu dan kemudiannya telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu, maka timbullah fikiran di kalangan para pelajar Melayu itu untuk menggabungkan semua Kesatuan Penuntut Melayu negeri-negeri dan badan-badan pelajar di maktab-maktab ke dalam satu gabungan pelajar peringkat kebangsaan.

Cadangan ini sebenarnya bermula setelah Abdul Wahab Ariff menyampaikan ucapan tahunan dalam satu jamuan yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura di Hotel Adetphi yang antara lain telah menggesa agar ditubuhkan sebuah badan pelajar Melayu yang dapat menyatukan seluruh badan pelajar di Tanah Melayu dan diharapkan agar badan tersebut dapat menjalankan usaha meninggikan kualiti pelajaran pelajar-pelajar Melayu. Antara yang hadir di majlis jamuan tersebut ialah seorang pelajar tahun pertama Maktab Raffles yang berasal dari Chemor, Perak iaitu Aminuddin Baki.

Dalam satu pertemuan di antara Aminuddin dengan Abdul Wahab Ariff, Aminuddin telah menyatakan kegembiraannya mendengar hasrat Abdul Wahab Ariff untuk menggabungkan badan-badan pelajar Melayu ke dalam satu badan gabungan. Aminuddin juga telah menyatakan tentang kegagalan beliau dalam usaha awalnya untuk menggabungkan beberapa buah badan pelajar Melayu ke dalam satu Kesatuan di Malaya.

Pada pertemuan tersebut juga, Aminuddin telah meminta Abdul Wahab Ariff meneruskan hasrat dan cita-citanya untuk menggabungkan badan pelajar Melayu dan memainkan peranan utama dalam usaha tersebut. Pada pendapat Aminuddin, Abdul Wahab Ariff adalah orang yang paling tepat untuk menjalankan usaha ke arah lahirnya sebuah badan gabungan peringkat kebangsaan.

Keyakinan itu berdasarkan pada kedudukan Abdul Wahab Ariff yang ketika itu menjadi Presiden Persatuan Pelajar Islam Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura yang tentunya akan dapat mempengaruhi teman-teman semaktabnya dan kemudian mendapati bahawa fikiran untuk menubuhkan sebuah badan pelajar Melayu peringkat Kebangsaan itu telah mendapat sambutan baik. Hasil dari itu, terbentuklah sebuah Jawatankuasa Penaja yang akan berusaha merancang diadakan satu Kongres Penuntut Melayu Se Malaya di Kuala Lumpur.

Anggota Jawatankuasa Penaja yang dilantik adalah para pelajar Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura yang terdiri daripada Abdul Wahab Ariff sebagai Pengerusi, Aminuddin Baki sebagai Setiausaha, Ahmad Ridhuan Haji Zainuddin sebagai Penolong Setiausaha, Abdullah Majid sebagai Bendahari, Siti Hasmah Mohd. Ali wakil Pemudi. Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada Mohamad Nor Marahakim, Wan Sulaiman Pawanteh-dan Abdul Rahim Ishak.
Ahli Jawatankuasa Penaja tersebut telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara mengenai kongres dan penubuhan sebuah gabungan pelajar. Tarikh 14 dan 15 Ogos 1948 telah dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan kongres dan penubuhan badan pelajar tersebut. Jawatankuasa tersebut juga telah bersetuju bahawa kongres tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur dan Persatuan Penuntut Muslim Technical College, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kongres tersebut. Jemputan untuk menghadiri kongres telah dihantar kepada semua badan pelajar di negeri-negeri seperti Selangor, Pahang dan Perak serta badan-badan pelajar di Maktab Teknik Kuala Lumpur dan Maktab Pertanian Serdang.

Kongres Penuntut Melayu Malaya telah diadakan selama dua (2) hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, 14 dan 15 Ogos 1948 dengan dipengerusikan oleh Aminuddin Baki. Tujuh (7) buah badan pelajar telah menghadiri kongres tersebut. Badan-badan tersebut adalah Persatuan Penuntut Muslim Technical College Kuala Lumpur, Persatuan Persuratan Penuntut Melayu Maktab Pertanian Serdang, Perhimpunan Pelajar Melayu Insaf Perak, Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Pahang (KPMP), Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor (KPPMS), Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor Cawangan Kuala Lumpur dan Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor Cawangan Kajang.

Persidangan tersebut telah membincang dan kemudiannya meluluskan rangka Perlembagaan, Panji-panji dan juga telah mengesahkan Surat Ikrar penubuhan sebuah badan pelajar yang diberi nama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

Portal GPMS Caw Khas UUM



Assalamualaikum dan salam siber dari saya, admin. Sedarkah anda bahawa biro penerbitan telah mencipta satu Portal di ning.com? Pelbagai aktivi yang boleh anda lakukan di sana. Tiada lagi alasan untuk anda menidakkan pembabitan anda dengan GPMS UUM. Sebagai warga GPMS anda bukan sekadar perlu membabitkan diri dengan program yang dianjurkan malah di ruangan siber juga. Hal ini sesuai dengan suasana hari ini laitu kemudahan internet.

Dengan kemudahan percuma yang diberikan oleh ning.com, kami dari biro Penerbitan telah cuba mewujudkan Portal. Ianya mudah untuk anda berinteraksi sebagaimana anda menggunakan Portal Komuniti seperti mySpace.com, friendster.com, myRakan.com dan portal lain. Beberapa ciri-ciri baru telah ditambah dari semasa ke semasa seperti chat dan lain-lain lagi.

Bagi yang ingin mencuba mencipta blog atau catatan, di Portal GPMS UUM di ning.com anda boleh berbuat demikian. Dengan menu yang ringkas amat mudah difahami.

Pada Portal ini juga, anda boleh link ke blog gpms ini dengan menglik di tag di bahagian atas. Kebanyakan coretan atau rentetan aktiviti yang dijalankan oleh GPMS UUM ada di sana.

Hebahan terkini juga turut diletakkan di sana.Selain itu pada bahagian "NOTES" di tag bahagian atas, anda boleh mendapatkan semua "Hebahan" yang dilakukan oleh GPMS UUM. Hebahan yang sama turut dimuatkan di gpms@friendster dan blog.

Kepada mereka yang ingin berbincang sesuatu isu, anda boleh ke Laman "Forum". Buat tajuk baru atau balas post yang ada. Anda boleh berbincang apa sahaja di sana kecuali isu-isu yang sensitif sebagai rakyat Malaysia dan penduduk dunia (!) perlu dielakkan.

Selain itu anda boleh melakukan aktivit yang sama seperti di Friendster, Facebook, myRakan.com atau myspace laitu, photo, members, chat dan lain-lain. Anda juga berpeluang chatting bersama rakan portal yang sedang online di sini laitu pada Laman "Chat".

Jika tiada masalah yang timbul, biro Penerbitan akan menciptakan Portal baru. Kepada ahli GPMS UUM yang mempunyai kemahiran mencipta web dan database dan ingin membantu terutama kepada student multimedia dan IT, anda boleh menghubungi biro Pernerbitan atau email kepada wawi87@gmail.com. Biro Penerbitan juga dalam proses menyiapkan satu Laman Web rasmi GPMS UUM.

Sabtu, 11 Julai 2009

PROGRAM JATIDIRI CEMERLANG PELAJAR SPM SMK LALOH

Pada 9 hingga 11 Julai yang lalu satu program motivasi telah sempurna dijalankan. Program yang dirancang pada semester yang lepas laitu pada bulan April 2009 ini dirancang bagi meningkatkan jatidiri pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh sebelum mereka menghadapi SPM kelak.

Seramai 116 orang perserta tingkatan lima dari Smk Laloh dan seramai 36 orang AJK dan Fasilitator dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia berkampung di Asrama Smk Laloh selama 3 hari dua malam. Program anjuran GPMS UUM dengan kerjasama SMK Laloh ini telah mendapat sumbangan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (Jabatan Perdana Menteri) bagi membolehkan program ini dilaksanakan tanpa mengalami masalah kewangan.

Program Jatidiri ini dirancang oleh anak jati kampung Lata Rek yang juga merupakan bekas pelajar SMK Laloh pada tahun 2000 - 2004 laitu Sdr Mohd Zawawi Bin Mohamad, mahasiswa tahun 3 uum yang bertindak sebagai Pengarah Projek. Turut hadir sama dalam program ini adalah Sdr Mohd Fadzly BIn Fatkhorrahman laitu YDP GPMS UUM.

Pelbagai pengisian program dirangka dan selamat dijalankan antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Muhasabah diri, Aktiviti Kebudayaan, Solat Hajar dan satu sesi ceramah oleh Sdr Najib Bin Harun, Pelajar Jurusan Kaunseling UUM.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh wakil dari JPP laitu Ust. Khairudin Bin Muhamad, Pengerusi Agama di JPP.

-tamat-

(oleh biro penerbitan-wawi)

Jumaat, 3 April 2009

PROGRAM JATIDIRI CEMERLANG, SAHSIAH TERBILANG












Pada 2 april, satu program motivasi telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Haji Sulaiman, Kota Kuala Muda, Kedah. Program selama 3 hari yang bermula dari 2 April sehingga 4 April itu dinamakan sebagai "PROGRAM JATIDIRI CEMERLANG, SAHSIAH TERBILANG".
Seramai 80 orang peserta dari Sk Haji Sulaiman dari darjah 4 hingga darjah 5. Serama 30 orang Ahli Jawatankuasa program dan Fasilitator dari GPMS UUM menjayakan program ini.
Program ini amat hebat kerana kerjasama yang erat antara ahli GPMS dan dibantu oleh Guru-Guru Sk Haji Sulaiman. Walaupun banyak masalah dan kekangan dari segi penginapan, masalah teknikal, cuaca dan pelbagai lagi, program ini boleh dianggap berjaya kerana objektif telah telah dapat dicapai.

Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran GPMS UUM untuk menjayakan program ini. Terutama dari segi makanan yang cukup sedap!!!

Terima kasih juga kepada semua guru-guru yang terlibat kerana sanggup untuk bersama-bersama kami bermalam di sekolah.

Pada pagi 4 April, GPMS UUM telah melukis 3 moral di dinding sekolah untuk tatapan adik-adik.
Tamat: dicatat oleh biro penerbitan.

Motto GPMS: Belajar Terus Belajar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More