Ahad, 18 Disember 2011

Bingkisan dari Persidangan Agung GPMS Kebangsaan 2011

11 Disember 2011: Ahli-ahli GPMS di UUM di khbarkan berita gembira dari Persidangan Agung GPMS Kebangsaan 2011 yang bermula dari 9 hingga 11 Disember 2011 di UIA Gombak dengan penganugerahan sebagai GPMS Cawangan Khas Terbaik pada tahun 2011. Ini merupakan tahun ketiga buat GPMS UUM menerima anugerah yang sama setelah menerima 
Berikut merupakan bingkisan daripada 

Sumber : mahamissa.blogspot.com

Sabtu, 17 Disember 2011

Anugerah Khas presiden

Alhamdulilah dengan keizinan daripada Allah s.w.t Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia berjaya membawa pulang Anugerah Khas Presiden buat kali ketiga berturut-turut dalam PAt yang lalu. Kejayaan ini membuktikan komitmen majlis tertinggi serta barisan exco benar-benar berada pada landasan yang tepat. Perjuangan serta semangat gelombang hijau yang berada dalam diri kepimpinan serta ahli GPMSUUM diterjemahkan dalam bentuk hasil yang tidak pernah sama sekali kita bayangkan.

Saya selaku Yang dipertua GPMS UUM mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung dalam mengolah pergerakan dan aktiviti GPMSUUM. Kejayaan GPMS UUM kali ini merupakan kemenangan yang amat bermakna kerana buat pertama kalinya dalam sejarah anugerah khas presiden, GPMS UUM memenangi anugerah ini buat kali ketiga berturut-turut.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan GPMS kebangsaan. tidak lupa juga kepada barisan kepimpinan GPMS Kedah.Tidak lupa kepada ayahanda GPMS UUM Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid yang banyak memberi tujuk ajar dan nasihat kepada barisan kepimpinan GPMSUUM. sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada mantan YDP GPMS UUM. Kepada barisan kepimpinan GPMS UUM, anda merupakan krew terbaik sepanjang saya memimpin GPMSUUM. terima kasih juga kepada insan yang sentiasa bersama saya tatkala saya susah mahupun senang...penghargaan terakhir kepada ibunda yang tercinta serta arwah ayahanda yang banyak membantu meningkatkan motivasi untuk saya terus berjuang dalam memartabatkan anak bangsa.  Kepada semua YDP Cawangan Khas seluruh negara semoga persaingan ini menjadi persaingan yang sihat dalam usaha memajukan cawangan khas masing-masing.

Akhir kata, semoga GPMS UUM terus berjaya dalam usaha memartabatkan bangsa melayu. sesunguhnya, maju mundur, kaya miskin, dan hina mulianya bangsa itu terletak ditangan kita pejuang Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung....kejayaan ini berkat silaturahim kita sebagai satu keluarga

Sekian....

Khamis, 15 Disember 2011

HIDUP BIAR BERJASA!!

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama. Demikian pepatah Melayu yang menggambarkan pentingnya sumbangan, bakti atau jasa bagi sesuatu kehidupan.

Ramai antara kita cuba meneroka dan mencari makna kehidupan yang kompleks ini. Penerokaan dan pencarian ini berterusan sepanjang sejarah manusia, dan tidak ada petanda bahawa ia sudah terhenti. Orang mendapat jawapan dari pelbagai sudut pemikiran dan gagasan masing-masing – kepercayaan, agama, ideologi politik, pandangan hidup dan sebagainya.

Memanglah, berbanding dengan bumi, segala cakrawala lain dan bintang-bintang, apalagi jagatraya ini, maka kewujudan dan kehidupan kita relatif singkat. Barangkali kesedaran ini, dan sifat kehidupan  itu sendiri, menuntut kita memberi atau mencari makna bagi kehidupan itu. Kita tidak merasa puas jika segalanya wujud dan tiba-tiba berakhir begitu sahaja…

Sementara orang terus berdebat, berbeza pendapat atau gigih membina kepercayaan serta keyakinan masing-masing tentang kewujudan dan kehidupan umumnya, persamaan yang ketara di kalangan kita ialah pada pengisian kehidupan itu sendiri. Rata-rata orang melihat bakti, amal jariah, perkongsian, sumbangan atau jasa sebagai suatu yang memberikan nilai positif kepada kewujudan dan kehidupan sosial kita. Rata-rata orang, dari pelbagai tamadun, budaya dan kefahaman memberi penghargaan dan menggalakkan bakti, sumbangan atau jasa dalam kehidupan bermasyarakat, dan ini berkait langsung dengan proses pemaknaan hidup kita. Maka dengan itu timbullah kata-kata “hidup biar berjasa” yang menjadi cogankata kehidupan.
Barangkali amat wajar kita mewarnakan hidup ini dengan kerja-kerja yang dapat menyumbang kepada nilai-nilai murni kehidupan, di samping menyuburkan persefahaman, kemesraan dan kasih kemanusiaan. Usaha begini adalah bahasa dan isyarat yang mudah dimengertikan dan dihargai oleh kebanyakan orang. Kita turut merasa puas dan bangga dengan sumbangan demikian, di samping menjadi lebih sedar serta yakin bahawa kehidupan ini amat bermakna dan bernilai dan kita sekali-kali tidak mahu mensia-siakannya.

~ydp azmy

Rabu, 7 Disember 2011

Perjuangan Melayu Bukan Asabiyah



"TIDAK ada bangsa yang paling dimuliakan oleh Tuhan di dunia ini selain daripada bangsa Melayu di Malaysia, yang mana di dalam Perlembagaannya menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu ..."

Demikianlah ungkapan yang keluar daripada mulut Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria semasa mengendalikan Seminar Pemantapan Akidah di Masjid Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan beberapa tahun lalu.

Tidak dinafikan lagi bahawa memang benar di dalam Perlembagaan Persekutuan, termaktub takrif Melayu dalam Perkara 160 iaitu Melayu ialah orang yang lazim bertutur bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu.

Jelaslah setiap yang mengaku dirinya Melayu itu mestilah beragama Islam dan sesiapa yang murtad tidaklah boleh diiktiraf sebagai Melayu menurut Perlembagaan. Malah dalam masyarakat kita, apabila orang Cina atau India memeluk Islam, mereka juga dikatakan masuk Melayu. Ini adalah benar kerana sebagai seorang warganegara Malaysia, seorang mualaf itu pastinya boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan dan biasa dengan adat resam dan budaya Melayu kerana budaya Melayu Islam sebenar adalah asas kebudayaan nasional, dengan itu mereka juga wajar dipanggil Melayu menurut terjemahan Perlembagaan kita.

Oleh yang demikian, benarlah ungkapan yang menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Adalah suatu kejahilan sesiapa menganggap perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu sebagai bukan perjuangan untuk agama Islam dan sempit. Tidak boleh juga kita memisahkan antara Melayu dan Islam dengan memaksa orang lain supaya memilih samada mahukan Islam ataupun Melayu. Ketahuilah bahawa hubungan Melayu dan Islam itu adalah bagaikan aur dengan tebing, suatu hubungan simbiotik yang saling kukuh mengukuhkan satu sama lain. Pun begitu, ungkapan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu mungkin hanya sesuai di Malaysia kerana kita mempunyai Perlembagaan yang menyebut tentangnya tetapi mungkin di Singapura atau Indonesia lain pula situasinya.

Namun begitu, yang pastinya bicara kita secara khusus adalah tentang perjuangan bangsa Melayu di negara ini. Lupakan pertikaian dengan berhujah adanya Melayu Kristian di Singapura atau di Indonesia kerana bagi kita di Malaysia, tiap-tiap Melayu itu mestilah beragama Islam menurut Perlembagaan Persekutuan.

Setelah kita memahami bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, maka kita tidak boleh melabelkan perjuangan memartabatkan bangsa Melayu sebagai tidak Islamik atau asabiyyah. Perjuangan untuk bangsa Melayu adalah berbeza dengan perjuangan kebangsaan bagi bangsa-bangsa lain di dunia yang tidak diasaskan kepada agama. Perjuangan kebangsaan Melayu hari ini adalah disempadani oleh agama Islam, dengan sendirinya apa-apa yang bertentangan dengan agama maka ia bukanlah menjadi visi dan perjuangan bagi bangsa Melayu. Hal ini berlaku sejak turun temurun lagi dari mula kedatangan Islam di Tanah Melayu berabad-abad dulu. Bangsa Melayu memang terkenal dengan kuatnya berpegang kepada adat budayanya dan agama Islam. Ini diakui oleh semua orang termasuk penjajah.

Perlu diperjelaskan secara terperinci lagi bahawa dakwaan kononnya sesiapa yang berjuang untuk bangsa Melayu adalah berjuang atas dasar asabiyyah adalah silap sepertimana telah dijelaskan tentang batas-batas perjuangan Melayu di atas. Dalam sebuah hadith sahih disebutkan bahawa:
"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman." 
[H/R Abu Daud dan Ibnu Majah]

Juga disebutkan dalam sebuah hadith yang lain bahawa: 

"Dari anak perempuan Wasilah bin al Asqa', beliau pernah mendengar ayahnya berkata: Aku pernah bertanya : Ya Rasulullah, apakah sebenarnya asabiyah? Jawab baginda : iaitu engkau menolong kaum bangsamu melakukan kezaliman." 
 [H/R Ibnu Majah]

Jelas bahawa perjuangan kebangsaan yang disempadani oleh agama Islam tidak boleh diistilahkan sebagai perjuangan asabiyah kerana perjuangan kebangsaan sebegini tidak sesekali akan menyokong kemungkaran bangsanya. Sebaliknya asabiyah yang sebenarnya tidak terbatas pada perjuangan kebangsaan yang menyokong kezaliman sahaja tetapi turut meliputi perjuangan kelompok tertentu seperti kumpulan, parti, negeri, negara atau benua. Parti yang kononnya berjuang atas idealisme Islam juga boleh dilabelkan parti asabiyah jika mereka menyokong kezaliman puak-puak mereka.

Sesungguhnya tidaklah salah dan bukanlah kita berfahaman sekular jika kita mencintai bangsa dan tanahair kita sepertimana dakwaan sesetengah pihak. Nabi s.a.w. sendiri cintakan bangsa dan tanahairnya. Bahkan disebutkan oleh ulama kita bahawa:
"Cintakan tanahair itu termasuk daripada Iman."

Jikalah perjuangan kebangsaan itu salah di sisi Islam kenapakah pejuang-pejuang Islam dahulu seperti Burhanuddin El Helmi, Syeikh Syed Al Hadi dan lain-lain ulama yang berjuang untuk memartabatkan bangsa Melayu? Malah disebutkan juga Imam as Syahid Hassan al Banna bahawa beliau tidak pernah menolak perjuangan berasaskan semangat cintakan bangsa dan tanahair. Beliau berkata tentang nasionalisme Mesir:

"Sesungguhnya kita menjadi orang-orang Mesir di atas tanah yang suci ini di mana di sinilah kita lahir dan membesar. Mesir adalah sebuah negara yang beriman dan menerima Islam secara mulia, menolak segala penentangan ke atas Islam sepanjang sejarah, ikhlas dalam menganutinya, meluruskan padanya perasaan yang paling lembut, emosi yang paling damai, di mana ia hanya baik untuk Islam, tidak berubat kecuali dengan ubatnya dan tidak akan sihat kecuali melalui rawatannya. Atas sebab keadaan yang banyak, ia telah menjadi penjaga pemikiran Islam dan mendirikannya. Maka bagaimanakah kita tidak mahu berusaha untuk Mesir dan melakukan kebaikannya untuknya? Bagaimanakah kita tidak mahu membela Mesir dengan segala kemampuan kita? Bagaimanakah dapat dikatakan bahawa Iman dan Mesir tidak menepati apa yang sepatutnya diserukan oleh seorang yang mengajak kepada Islam dan melaungkan Islam? Kita berbangga kerana kita ikhlas untuk negara yang dicintai ini, bekerja dan berjuang untuknya, kita akan terus demikian selagi kita masih hidup dan berkeyakinan bahawa ini adalah pusingan pertama bagi siri pembangunan yang dicitakan. Mesir adalah sebahagian daripada negara Arab secara umumnya dan apabila kita berusaha untuk Mesir, maka ia bererti kita berusaha untuk Arab, negara Timur dan Islam."

Dr. Yusuf al Qardhawi juga ada menyebutkan bahawa: 

"Bagaimanakah kita hendak mempertikaikan kecintaan kepada negara sedangkan Nabi s.a.w. sewaktu keluar berhijrah daripada Mekah, baginda berkata kepada kota Mekah: "Sesungguhnya kamu adalah tanah Allah yang paling Allah cintai, kamu adalah tanah Allah yang paling aku cintai, kalaulah bukn kerana pendudukmu mengeluarkanku daripadanya, nescaya aku tidak akan keluar daripadanya." Apabila sebahagian sahabat menyebutkan tentang Mekah sewaktu mereka di Madinah, tergenang air mata Rasulullah dan baginda bersabda: "Biarkanlah hati ini memperakuinya". Tidak wujud di sana sebarang pertentangan di antara semangat kebangsaan yang bersifat fitrah dengan semangat keIslaman kerana tidak ada pertentangan di antara keduanya yang bersifat umum dan khusus."


Sekiranya seseorang itu adalah Melayu yang benar dan Muslim yang sedar, dia akan mendapati bahawa kebaikan untuk Melayu yang sebenarnya adalah kebaikan untuk Islam. Seorang Islam tidak akan mendapati halangan daripada agamanya untuk bermula dengan bangsanya di mana dia hidup bersamanya. Disebutkan dalam hadith sahih: 

"Mulakan dengan diri kamu, kemudian dengan mereka yang berada di bawah tanggungan kamu."


Sumber : Pejuang Melaka

Perlu bijaksana guna hak berpolitik


Shamsul Bahar Abd Rani


Sinar Harian - Mahasiswa perlu bijak menggunakan hak berpolitik dan bukannya sekadar bertindak sebagai jurucakap di kampus semata-mata.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Shamsul Bahar Abd Rani berkata, pindaan Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1974, adalah kesempatan terbaik mahasiswa membuktikan kematangan.


“Pindaan ini seterusnya menguji sejauh mana gerakan mahasiswa, bukan setakat bertindak sebagai jurucakap, malah perlu merangkumi isu nasional dan antarabangsa.


“Ini adalah kesempatan baik buat mahasiswa membuktikan kematangan dalam pemi­kiran, selain wajar diberi peranan yang sama penting dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia dalam memberi input kepada kerajaan mengenai soal dasar negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.


Menurutnya, masyarakat mengiktiraf panda­ngan dan posisi mahasiswa dalam kerangka tangga sosial. Pengiktirafan tersebut wajar meman­dangkan mahasiswa adalah generasi pelapis negara.


GPMS Kedah, bagai­manapun, mencadangkan pendidikan politik diterapkan dalam silibus pelajaran di peringkat universiti.


“Masih ramai golongan mahasiswa tidak berminat mengambil tahu tentang politik, apa lagi untuk menyertai parti politik.


“Pihak universiti perlu menyediakan suasana kondusif ke arah melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja menjadi ahli parti politik tetapi juga pemikir politik,” katanya.

Sumber : Sinar Harian 

Selasa, 22 November 2011

Biro Perkaderan dan Keahlian

Biro Perkaderan dan Keahlian


1) Bagi ahli-ahli baru GPMSUUM dibawah biro perkaderan dan keahlian yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli semasa HOPEDAYS 2011 telah memperolehi SIRA .sila semak di maklumat aktiviti masing2.

2)Pada 18hb November 2011(3.30pm) bahagian perkaderan telah mengadakan MESYUARAT PERTAMA PERKADERAN DAN KEAHLIAN 2011/2012 di foyer library. Pertemuan pertama itu makin dikuatkan lagi dengan kehadiran Ydp GPMS Tuan Azmy, Timbalan Ydp saudara Amin dan Naib Yang Dpertua 2 saudara Affendi.Kehadiran mereka banyak memberi kesedaran dan semangat dalam memperjuangkan bangsa Melayu.Walaupun kehadiran ahli tidak ramai walaupun bergabung bersama ahli di bawah biro Dakwah dan Tarbiyyah tetapi sekurang-kurangnya kami dapat menyuntik sedikit sebanyak semangat itu kedalam jiwa mereka. Mereka yang hadir juga telah diberi SIRA atas kesedaran dan tanggungjawab yang mereka tunjukkan itu.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah menghadiri perjumpaan ini. Sekalung syabas juga diberikan kepada exco biro ini. Selamat datang ke dalam keluarga GPMS cawangan khas UUM.

Jumaat, 18 November 2011

KURSUS ASAS PERKADERAN

PROGRAM : KURSUS ASAS PERKADERAN
TARIKH : 1-3 DISEMBER 2011
TEMPAT : INSTITUT GPMS PERAK, BATU GAJAH PERAK.
JUMLAH PESERTA : 80 ORANG.

SESIAPA YANG BERMINAT BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAUDARA AMIN DITALIAN 0134426582 ...TEMPAT TERHAD ....BELAJAR TERUS BELAJAR....
"HARGAILAH PELUANG YANG ADA"

KURSUS LANJUTAN ASAS FASILITATOR DAN KERTAS KERJA


Satu kursus lanjutan asas fasilitator dan kerja kertas akan diadakan pada:

Tarikh: 9.12.2011

Tempat: Dewan DPP Tradewinds

Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang

Pengarah : Saudara Mohamad Aizat b Rosli. Tel no: 0193900273

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi beliau. Semoga program beliau akan mendapat sokongan dari semua ahli keluarga GPMS Cawangan Khas Uum.

Program Madani

Bangunlah Wahai Bangsaku

Assalamulaikum buat semua ahli keluarga GPMS Cawangan Khas Uum.
Luahan buat anak bangsa Melayu..
 Hati ini sedih pada satu ketika melihat anak-anak bangsaku yang masih kecil dibangku sekolah masih lagi tidak tahu membaca sedangkan Malaysia semakin membangun hari demi hari.. Hati kecilku menangis apabila ada anak-anak bangsaku tidak ke sekolah kerana tidak mampu, malahan anak-anak ini sanggup menjadi peminta sedekah demi sesuap makan. Aku juga pilu melihat warga tua meminta sedekah di jalanan sedangkan kaum lain berusaha memajukan diri. Kenapa masih ada anak-anak yang tidak menghargai ibu dan bapa sedangkan dari mana mereka wujud sebenarnya jika tidak kerana si tua yang mereka abaikan di masa tua mereka.. Anak-anak kaum lain menjaga ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Mana hilangnya perasaan sayang buat mereka wahai anak-anak bangsa Melayu. Kenapa agungkan bangsa lain sedangkan bangsa Melayu itu bangsa yang terunggul...  Ingatla wahai anak bangsa Melayu, bangunlah buka mata dan pandang terus ke hadapan.. Nammun jangan dikau lupa kisah yang mampu menjadi teladan...

KURSUS LANJUTAN ASAS FASILITATOR DAN KERTAS KERJA

Satu kursus lanjutan asas fasilitator  dan kerja kertas akan diadakan pada:

Tarikh: 9.12.2011

Tempat: Dewan DPP Tradewinds

Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang

Pengarah : Saudara Mohamad Aizat b Rosli. Tel no: 0193900273

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi beliau. Semoga program beliau akan mendapat sokongan dari semua ahli keluarga GPMS Cawangan Khas Uum.

Selasa, 18 Oktober 2011

Bengkel kertas kerja dan asas fasilitator..

Tarikh: 22 oktober 2011
Masa: 8 pagi
Bertempat: DKG1/4
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saudari abby di talian 017-5269857...sira dan makanan disediakan..

Selasa, 11 Oktober 2011

HOPE DAY GPMS UUM


Alhamdulillah, hari pertama program berlangsung sambutan amatlah menggalakan dan ini memberi semangat pada semua yang terlibat dalam program kali ini bagi bekerja dengan lebih kuat bagi mendapatkan sebilangan besar ahli baru GPMS UUM. Pada yang masih belum mendaftar sebagai ahli GPMS UUM segeralah berbuat demikian.Tahniah dan syabas diucapkan pada semua yang terlibat.

Jumaat, 29 April 2011

ANUGERAH KERANA JASA 2010

Alhamdullillah, GPMS cawangan khas UUM telah berjaya merangkul anugerah yang membawa seribu makna buat semua. Tahniah buat sume kwn2, rakan2 seperjuagan yang telah berusaha keras melaksanakan program2 yg telah memberikan manfaat kepada kita semua.Juga tidak dilupakan jutaan terima kasih buat YDP GPMS cawangan khas UUM yang telah banyak berkorban demi GPMS dan semua sahabat sama ada terlibat secara langsung mahupun tidak Tahniah sekali lagi buat semua..
Semoga usaha yang telah semua para sahabat lakukan akan dihargai oleh semua pihak.Semua kejayaan ini adalah milik semua ahli keluarga GPMS caangan khas UUM. Insya allah kita akan meneruskan kejayaan ini pada masa yang akan datang.

Rabu, 20 April 2011

Program motivasi ke SMK Sultan Muhammad Shah, Parit, Perak





Mari bersama-sama kita menjayakan program ini bersama-sama. Semoga program ini akan berjalan dengan lancar, dan mampu menaikan semangat untuk terus belajar.

alhamdulillah program yang dirancangkan telah berjalan dengan lancar. semua pihak yang terlibat telah memberikan komitmen dan kerjasama yang terbaik.. terima kasih dan jutaan tahniah diucapkan kepada semua yg telah menjayakannya sama ada secara langsung ataupun tidak..


BAKSIS GPMS UUM DI SABAK BERNAM

salam perjuangan,salam mesra dan salam perpaduan kpd sahabat2x...suatu program bakti siswa&motivasi akan blangsung pada 27hb-30hb Mei2011,btempat di Sabak Bernam,Selangor.Diharapkn sesiapa yg berminat blh la mmberi nama,no matrik,no phne,dpp .kpd Saudari NURUL KHIJJAH BINTI KAMARUL BAHRIN,013-3108017(e-ja). Tawaran ini dibuka dan digalakakan kepada MT&EXCO serta sekretariat dan Ahli-ahli GPMS terlebih dahulu utk menyertai program ini,"Perjuangan hari ini masih belum selesai..Ayuh! Bangun anak bangsa ku, curahkan lah bakti mu kepada bangsa Melayu kita sendiri yg kehausan ilmu... :)

Khamis, 7 April 2011

Program Ekspedisi ke Gunung Jerai 2011

Program Ekspedisi Ke Gunung Jerai
07-08.04.2011
Bayaran RM 25.00
Sijil dan Sira Disediakan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More