Sabtu, 11 Julai 2009

PROGRAM JATIDIRI CEMERLANG PELAJAR SPM SMK LALOH

Pada 9 hingga 11 Julai yang lalu satu program motivasi telah sempurna dijalankan. Program yang dirancang pada semester yang lepas laitu pada bulan April 2009 ini dirancang bagi meningkatkan jatidiri pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh sebelum mereka menghadapi SPM kelak.

Seramai 116 orang perserta tingkatan lima dari Smk Laloh dan seramai 36 orang AJK dan Fasilitator dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia berkampung di Asrama Smk Laloh selama 3 hari dua malam. Program anjuran GPMS UUM dengan kerjasama SMK Laloh ini telah mendapat sumbangan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (Jabatan Perdana Menteri) bagi membolehkan program ini dilaksanakan tanpa mengalami masalah kewangan.

Program Jatidiri ini dirancang oleh anak jati kampung Lata Rek yang juga merupakan bekas pelajar SMK Laloh pada tahun 2000 - 2004 laitu Sdr Mohd Zawawi Bin Mohamad, mahasiswa tahun 3 uum yang bertindak sebagai Pengarah Projek. Turut hadir sama dalam program ini adalah Sdr Mohd Fadzly BIn Fatkhorrahman laitu YDP GPMS UUM.

Pelbagai pengisian program dirangka dan selamat dijalankan antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Muhasabah diri, Aktiviti Kebudayaan, Solat Hajar dan satu sesi ceramah oleh Sdr Najib Bin Harun, Pelajar Jurusan Kaunseling UUM.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh wakil dari JPP laitu Ust. Khairudin Bin Muhamad, Pengerusi Agama di JPP.

-tamat-

(oleh biro penerbitan-wawi)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More