Khamis, 30 Mei 2013

UUM SUMMER CAMP. SK PAYA KEMUNTING 2013




Salam Perjuangan dan Salam Satu Malaysia. 

Sintok, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia dengan Kerjasama Pusat Ko-Kurikulum UUM telah menganjurkan Program UUM Summer Camp. pada 24 sehingga 25 Mei 2013 yang lalu. Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra, Kedah yang mana pelajar yang mengikuti program ini terdiri daripada pelajar Tahun 6 yang bakal mengambil UPSR 2013 tahun ini. 

Program yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk membina jati diri pelajar yang berpotensi dalam kepimpinan dan kecemerlangan. Selain itu, memupuk kekuatan identiti, mental dan komitmen sebagai pemimpin serta rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugas dan mempertingkatkan komunikasi antara individu dan kumpulan sebagai satu aspek penting dalam kepimpinan serta membentuk keupayaan peserta untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah kritikal bagi sesuatu situasi. 

Pelajar yang mana mengikuti program ini telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik antaranya seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Campus Explore di sekitar Universiti Utara Malaysia, Persembahan, Slot Sayangi Fasilitator dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga telah diberi kesempatan untuk merasai suasana hidup di dalam kampus. 

Pada 25 Mei 2013, Majlis Penutupan UUM Summer Camp. 2013 disebelah petangnya dihadiri oleh Dr. Hussein Abdullah, Timbalan Pengarah Akademik Pusat Ko-Kurikulum UUM sebagai menjalankan tugas Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UUM dan Guru-guru pemantau sepanjang program dan Pegawai-pegawai Pusat Ko-Kurikulum UUM.

Diharap aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini dapat memupuk semangat kepada pelajar-pelajar Tahun 6 ini untuk berjaya dalam mencapai keputusan yang cemerlang UPSR 2013 dan seiring dengan matlamat kami untuk menyunting semangat mereka bercita-cita melangkah ke Menara Gading.


Pelajar bergambar di hadapan pintu masuk Perpustakaan Sultanah Bahiyah


 Pelajar menyanyikan Lagu Tema UUM Summer Camp "Standing in the Eyes of the World"


Latihan dalam Kumpulan 


Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Ketua Fasilitator



0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More