Jumaat, 31 Mei 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester II sesi 2012/2013


Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan

Barisan Kepimpinan Majlis Tertinggi dan Exco Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia (GPMSUUM) ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2012/2013 kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda. Semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan. Pihak GPMSUUM berharap semoga anda mendapat manfaat dan berkat dari ilmu yang dipelajari.


"Kemudian apabila engkau berazam, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 159)


  • DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)


Maksudnya : 
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


  • DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN


Maksudnya :
"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"



  • DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN


Maksudnya :
"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".


  • DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG 


Maksudnya :
"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh".


  • DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.


Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."



PERSEDIAAN MENTAL



MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
  • Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
  • Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.


PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN
  • Jangan lupa ambil sarapan pagi.
  • Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.
  • Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
  • Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
  • Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
  • Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
  • Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN 
  • Dengar arahan pengawas peperiksaan.
  • Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
  • Lihat semua soalan.
  • Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
  • Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
  • Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.


Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.



Ikhlas dari kami
MT & EXCO GPMSUUM
Belajar Terus Belajar 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More