Ahad, 13 Oktober 2013

Sembang Kampus Edisi Ke-2


GPMSUUM, Alhamdulillah satu lagi pencapaian bagi program yang telah terlaksana oleh Barisan Kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UUM dengan mengadakan sesi diskusi yang diberi nama SEMBANG KAMPUS EDISI KE-2 yang mengupas isu yang hangat diperkatakan oleh setiap Mahasiswa dan Mahasiswi UUM iaitu "SIRA : PERATURAN ATAU GANJARAN". Disempurnakan pada 10 Oktober 2013 jam 8.30 -11.00 malam bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam UUM. Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan ahli-ahli panel yang didatangkan khas yang berketepatan bagi mengupas isu yang berkaitan iaitu Encik Roslee Mardan merupakan Penolong Pengarah Pembangunan Pelajar UUM, Saudara Muhamad Hilmi Bin Hasnan iaitu Presiden Kor-Suksis UUM, Abdullah Zawawi Bin Shuhaimi iaitu Presiden Kelab Perkim UUM, dan Saudara Faiz Razali selaku pengacara sepanjang program berlangsung.. Terima kasih juga kepada 135 Mahasiswa Mahasiswi yang bersama-sama menjayakan program ini dan juga buat semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung..

Ahli-ahli panel rancak berdiskusi isu berkaitan SIRA

 Sebahagian Mahasiswa/i bergambar sebagai kenang-kenagan bersama ahli-ahli panel

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More