Malay Boys Leaque 1937
Penang Free School adalah sekolah yang mula-mula sekali didirikan di Tanah Melayu iaitu pada tahun 1816. Dari tahun tersebut hingga ke tahun 1937 pelajar-pelajar Melayu sentiasa ketinggalan dalam hal-hal persekolahan mereka dan setiap tahun pelajar bukan Melayu menduduki tempat-tempat tertinggi dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, tradisi kejayaan pelajar-pelajar bukan Melayu tersebut dapat dipecahkan oleh seorang pelajar Melayu bernama Abdul Wahab Mohamed Ariff apabila beliau telah berjaya menjadi pelajar terbaik dalam peperiksaan Senior Cambridge yang diambilnya pada tahun 1937, dan di atas kejayaan tersebut beliau telah dianugerahkan Penang Free School Centenery Gold Medal pada tahun 1938. Kejayaan tersebut merupakan satu rekod yang pertama dicapai oleh seorang pelajar Melayu.
Kejayaan Abdul Wahab Ariff menakjubkan teman-teman sebangsanya dan akibat dari peristiwa tersebut Abdul Wahab Ariff telah diminta oleh teman-temannya menunjukkan teknik-teknik untuk mendapatkan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. (Abdul Wahab Ariff sendiri juga merupakan pelajar terbaik dalam peperiksaan Standard VI, VII, Junior Cambridge dan Senior Cambridge). Abdul Wahab Ariff menyahut seruan teman-temannya dan memberikan bimbingan pelajaran kepada mereka.
Memandangkan bahawa teman-teman menggantungkan harapan yang tinggi kepadanya, maka pada tahun 1937 Abdul Wahab Ariff telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Malay Boys League yang bertujuan untuk menyedia dan melahirkan lebih ramai lagi pelajar Melayu yang berjaya mendapat pingat emas. Abdul Wahab Ariff telah dipilih sebagai Captain Liga tersebut. Beberapa ketika setelah penubuhan Liga tersebut, Abdul Wahab telah diminta oleh Guru Besarnya untuk membubarkan Liga yang dipimpinnya. Dalam keadaan yang terpaksa Abdul Wahab Ariff mematuhi arahan tersebut meskipun luahannya,
'.... in my blood I still felt very much concerned for the educational betterment of my fellow Malay students'. Tetapi meskipun begitu, Outside the school I managed to organize another Malay Student League which was more of an educational and social organization'.
Begitulah Abdul Wahab Ariff seorang anak muda yang ketika itu berumur 18 tahun telah merintis penubuhan perkumpulan pelajar yang telah menjalankan usaha sendirian ke arah meninggikan kualiti pelajaran dan pendidikan teman-temannya. Usaha yang dibuat itu terpaksa dimatikan pada tahun 1939 bilamana beliau telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran di King VII College of Medicine, Singapura.
Rabu, 9 September 2009
Sejarah Penubuhan GPMS *bahagian2
9:45 PTG
gpmsUUM
No comments
0 ulasan:
Catat Ulasan