Rabu, 9 September 2009

Sejarah Penubuhan GPMS *bahagian1

SEJARAH PENUBUHAN GPMSKemunduran bangsa Melayu di bidang ekonomi, sosial dan politik telah menjadi pendorong yang kuat ke arah penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 14 dan 15 Ogos 1948. Atas hasrat untuk mengatasi segala kekurangan tersebut maka telah berkumpul beberapa orang pelajar Melayu Maktab,Raffles dan Maktab Perubatan Singapura bagi menaja penubuhan sebuah badan pelajar Melayu peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk menggabungkan semua badan pelajar yang sedia wujud ketika itu.Kesedaran orang Melayu khususnya di kalangan pelajar tentang kemunduran dalam tiga (3) lapangan hidup tersebut telah bermula sejak awal tahun 1900 lagi. Sekitar tahun 1906 satu percubaan radikal untuk merubah cara fikir dan nilai-nilai hidup yang dianggap merugikan seperti halangan yang...

Sejarah Penubuhan GPMS *bahagian2

Malay Boys Leaque 1937Penang Free School adalah sekolah yang mula-mula sekali didirikan di Tanah Melayu iaitu pada tahun 1816. Dari tahun tersebut hingga ke tahun 1937 pelajar-pelajar Melayu sentiasa ketinggalan dalam hal-hal persekolahan mereka dan setiap tahun pelajar bukan Melayu menduduki tempat-tempat tertinggi dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, tradisi kejayaan pelajar-pelajar bukan Melayu tersebut dapat dipecahkan oleh seorang pelajar Melayu bernama Abdul Wahab Mohamed Ariff apabila beliau telah berjaya menjadi pelajar terbaik dalam peperiksaan Senior Cambridge yang diambilnya pada tahun 1937, dan di atas kejayaan tersebut beliau telah dianugerahkan Penang Free School Centenery Gold Medal pada tahun 1938. Kejayaan tersebut merupakan satu rekod yang pertama...

Sejarah Penubuhan GPMS *bahagian3

Kesatuan Penuntut Melayu Victoria Institution 1945Penggunaan Bahasa Inggeris dan pemusatan sekolah di Bandar-bandar adalah dua (2) ciri utama dalam sistem persekolahan menengah dan tinggi kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Akibat dari keadaan ini bilangan pelajar Melayu amatlah kecil di kedua-dua peringkat persekolahan tersebut.Kekurangan pelajar Melayu di peringkat persekolahan menengah amat nyata. Pada tahun 1947 misalnya, dari jumlah keseluruhan orang Melayu dan bilangannya 2,162,031 hanya seramai 9,609 orang yang terdidik di peringkat menengah sedangkan pada masa yang sama dari jumlah penduduk Cina 1,184,534 seramai 30,107 orang bersekolah menengah manakala jumlah penduduk India dari jumlah keseluruhan 530,638 yang telah sampai ke peringkat persekolahan menengah adalah seramai 14,080 orang.Kekurangan...

Sejarah Penubuhan GPMS *bahagian4

Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor 1947Pergerakan penuntut-penuntut Melayu di Victoria Institution telah berkembang kemudiannya ke beberapa buah sekolah lain di sekitar Kuala Lumpur. Pergerakan pelajar tersebut kemudiannya telah merebak ke daerah-daerah lain di Selangor seperti Klang dan Kajang.Melihat kepada perkembangan yang semakin meluas, telah timbul hasrat di kalangan beberapa orang pelajar Melayu di daerah tersebut untuk menyatukan tenaga ke dalam satu badan yang lebih besar yang bertujuan bagi menyelaraskan kegiatan dan menjamin kemajuan pergerakan mereka. Hasrat pelajar tersebut telah menjadi satu kenyataan bila pada awal tahun 1947 sebuah badan pelajar peringkat negeri Selangor telah ditubuhkan. Badan tersebut telah diberi nama Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor.Antara...

Sejarah Penubuhan GPMS *bahagian5

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung 1948Syed Hussein Al Attas dalam bukunya, `The Intellectuals and Developing Societies' menulis :Intellectuals thrive, when societies undergo a crisis, when something great ia at stake. The intellectuals came on the sceneoin their countries when they needed reform and a conceptual articulation of nationalism.Kenyataan Al Attas tersebut adalah tepat untuk memaparkan sejarah penubuhan GPMS, Ketetapan tersebut adalah disebabkan suasana yang sedang dihadapi oleh bangsa Melayu ketika itu lantaran kurangnya pelajar Melayu di Peringkat pengajian tinggi. Akibat dari keadaan inilah maka isu utama yang menjadi pokok perbincangan selepas Perang Dunia Kedua ialah bagaimana caranya bagi mengatasi masalah tersebut yang sudah dianggap sebagai satu krisis kebangsaan yang...

Portal GPMS Caw Khas UUM

Assalamualaikum dan salam siber dari saya, admin. Sedarkah anda bahawa biro penerbitan telah mencipta satu Portal di ning.com? Pelbagai aktivi yang boleh anda lakukan di sana. Tiada lagi alasan untuk anda menidakkan pembabitan anda dengan GPMS UUM. Sebagai warga GPMS anda bukan sekadar perlu membabitkan diri dengan program yang dianjurkan malah di ruangan siber juga. Hal ini sesuai dengan suasana hari ini laitu kemudahan internet.Dengan kemudahan percuma yang diberikan oleh ning.com, kami dari biro Penerbitan telah cuba mewujudkan Portal. Ianya mudah untuk anda berinteraksi sebagaimana anda menggunakan Portal Komuniti seperti mySpace.com, friendster.com, myRakan.com dan portal lain. Beberapa ciri-ciri baru telah ditambah dari semasa ke semasa...

Sabtu, 11 Julai 2009

PROGRAM JATIDIRI CEMERLANG PELAJAR SPM SMK LALOH

Pada 9 hingga 11 Julai yang lalu satu program motivasi telah sempurna dijalankan. Program yang dirancang pada semester yang lepas laitu pada bulan April 2009 ini dirancang bagi meningkatkan jatidiri pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh sebelum mereka menghadapi SPM kelak.Seramai 116 orang perserta tingkatan lima dari Smk Laloh dan seramai 36 orang AJK dan Fasilitator dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia berkampung di Asrama Smk Laloh selama 3 hari dua malam. Program anjuran GPMS UUM dengan kerjasama SMK Laloh ini telah mendapat sumbangan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (Jabatan Perdana Menteri) bagi membolehkan program ini dilaksanakan tanpa mengalami masalah kewangan.Program Jatidiri ini dirancang oleh anak jati kampung...

Jumaat, 3 April 2009

PROGRAM JATIDIRI CEMERLANG, SAHSIAH TERBILANG

Pada 2 april, satu program motivasi telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Haji Sulaiman, Kota Kuala Muda, Kedah. Program selama 3 hari yang bermula dari 2 April sehingga 4 April itu dinamakan sebagai "PROGRAM JATIDIRI CEMERLANG, SAHSIAH TERBILANG".Seramai 80 orang peserta dari Sk Haji Sulaiman dari darjah 4 hingga darjah 5. Serama 30 orang Ahli Jawatankuasa program dan Fasilitator dari GPMS UUM menjayakan program ini.Program ini amat hebat kerana kerjasama yang erat antara ahli GPMS dan dibantu oleh Guru-Guru Sk Haji Sulaiman. Walaupun banyak masalah dan kekangan dari segi penginapan, masalah teknikal, cuaca dan pelbagai lagi, program ini boleh dianggap berjaya kerana objektif telah telah dapat dicapai. Ribuan terima kasih tidak terhingga...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More