Rabu, 7 Disember 2011

Perlu bijaksana guna hak berpolitik


Shamsul Bahar Abd Rani


Sinar Harian - Mahasiswa perlu bijak menggunakan hak berpolitik dan bukannya sekadar bertindak sebagai jurucakap di kampus semata-mata.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Shamsul Bahar Abd Rani berkata, pindaan Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1974, adalah kesempatan terbaik mahasiswa membuktikan kematangan.


“Pindaan ini seterusnya menguji sejauh mana gerakan mahasiswa, bukan setakat bertindak sebagai jurucakap, malah perlu merangkumi isu nasional dan antarabangsa.


“Ini adalah kesempatan baik buat mahasiswa membuktikan kematangan dalam pemi­kiran, selain wajar diberi peranan yang sama penting dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia dalam memberi input kepada kerajaan mengenai soal dasar negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.


Menurutnya, masyarakat mengiktiraf panda­ngan dan posisi mahasiswa dalam kerangka tangga sosial. Pengiktirafan tersebut wajar meman­dangkan mahasiswa adalah generasi pelapis negara.


GPMS Kedah, bagai­manapun, mencadangkan pendidikan politik diterapkan dalam silibus pelajaran di peringkat universiti.


“Masih ramai golongan mahasiswa tidak berminat mengambil tahu tentang politik, apa lagi untuk menyertai parti politik.


“Pihak universiti perlu menyediakan suasana kondusif ke arah melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja menjadi ahli parti politik tetapi juga pemikir politik,” katanya.

Sumber : Sinar Harian 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More