Ahad, 18 Disember 2011

Bingkisan dari Persidangan Agung GPMS Kebangsaan 2011

11 Disember 2011: Ahli-ahli GPMS di UUM di khbarkan berita gembira dari Persidangan Agung GPMS Kebangsaan 2011 yang bermula dari 9 hingga 11 Disember 2011 di UIA Gombak dengan penganugerahan sebagai GPMS Cawangan Khas Terbaik pada tahun 2011. Ini merupakan tahun ketiga buat GPMS UUM menerima anugerah yang sama setelah menerima  Berikut merupakan bingkisan daripada  Sumber : mahamissa.blogspot.com...

Sabtu, 17 Disember 2011

Anugerah Khas presiden

Alhamdulilah dengan keizinan daripada Allah s.w.t Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia berjaya membawa pulang Anugerah Khas Presiden buat kali ketiga berturut-turut dalam PAt yang lalu. Kejayaan ini membuktikan komitmen majlis tertinggi serta barisan exco benar-benar berada pada landasan yang tepat. Perjuangan serta semangat gelombang hijau yang berada dalam diri kepimpinan serta ahli GPMSUUM diterjemahkan dalam bentuk hasil yang tidak pernah sama sekali kita bayangkan. Saya selaku Yang dipertua GPMS UUM mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung dalam mengolah pergerakan dan aktiviti GPMSUUM. Kejayaan GPMS UUM kali ini merupakan kemenangan yang amat bermakna kerana buat pertama kalinya dalam sejarah anugerah...

Khamis, 15 Disember 2011

HIDUP BIAR BERJASA!!

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama. Demikian pepatah Melayu yang menggambarkan pentingnya sumbangan, bakti atau jasa bagi sesuatu kehidupan. Ramai antara kita cuba meneroka dan mencari makna kehidupan yang kompleks ini. Penerokaan dan pencarian ini berterusan sepanjang sejarah manusia, dan tidak ada petanda bahawa ia sudah terhenti. Orang mendapat jawapan dari pelbagai sudut pemikiran dan gagasan masing-masing – kepercayaan, agama, ideologi politik, pandangan hidup dan sebagainya. Memanglah, berbanding dengan bumi, segala cakrawala lain dan bintang-bintang, apalagi jagatraya ini, maka kewujudan dan kehidupan kita relatif singkat. Barangkali kesedaran ini, dan sifat kehidupan  itu sendiri, menuntut kita memberi atau mencari...

Rabu, 7 Disember 2011

Perjuangan Melayu Bukan Asabiyah

"TIDAK ada bangsa yang paling dimuliakan oleh Tuhan di dunia ini selain daripada bangsa Melayu di Malaysia, yang mana di dalam Perlembagaannya menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu ..." Demikianlah ungkapan yang keluar daripada mulut Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria semasa mengendalikan Seminar Pemantapan Akidah di Masjid Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan beberapa tahun lalu. Tidak dinafikan lagi bahawa memang benar di dalam Perlembagaan Persekutuan, termaktub takrif Melayu dalam Perkara 160 iaitu Melayu ialah orang yang lazim bertutur bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu. Jelaslah setiap yang mengaku dirinya Melayu itu mestilah beragama Islam dan sesiapa yang murtad tidaklah boleh diiktiraf sebagai Melayu menurut Perlembagaan. Malah dalam...

Perlu bijaksana guna hak berpolitik

Shamsul Bahar Abd Rani Sinar Harian - Mahasiswa perlu bijak menggunakan hak berpolitik dan bukannya sekadar bertindak sebagai jurucakap di kampus semata-mata. Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Shamsul Bahar Abd Rani berkata, pindaan Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1974, adalah kesempatan terbaik mahasiswa membuktikan kematangan. “Pindaan ini seterusnya menguji sejauh mana gerakan mahasiswa, bukan setakat bertindak sebagai jurucakap, malah perlu merangkumi isu nasional dan antarabangsa. “Ini adalah kesempatan baik buat mahasiswa membuktikan kematangan dalam pemi­kiran, selain wajar diberi peranan yang sama penting dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia dalam memberi input kepada...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More