Ahad, 16 Jun 2013

Puisi MELAYU

MELAYU


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali


Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri


Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing


Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!


Puisi Oleh Dato' Usman Awang

Jumaat, 31 Mei 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester II sesi 2012/2013


Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan

Barisan Kepimpinan Majlis Tertinggi dan Exco Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia (GPMSUUM) ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2012/2013 kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda. Semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan. Pihak GPMSUUM berharap semoga anda mendapat manfaat dan berkat dari ilmu yang dipelajari.


"Kemudian apabila engkau berazam, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 159)


  • DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)


Maksudnya : 
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


  • DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN


Maksudnya :
"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"



  • DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN


Maksudnya :
"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".


  • DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG 


Maksudnya :
"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh".


  • DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.


Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."



PERSEDIAAN MENTAL



MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
  • Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
  • Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.


PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN
  • Jangan lupa ambil sarapan pagi.
  • Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.
  • Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
  • Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
  • Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
  • Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
  • Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN 
  • Dengar arahan pengawas peperiksaan.
  • Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
  • Lihat semua soalan.
  • Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
  • Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
  • Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.


Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.



Ikhlas dari kami
MT & EXCO GPMSUUM
Belajar Terus Belajar 

Khamis, 30 Mei 2013

UUM SUMMER CAMP. SK PAYA KEMUNTING 2013




Salam Perjuangan dan Salam Satu Malaysia. 

Sintok, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia dengan Kerjasama Pusat Ko-Kurikulum UUM telah menganjurkan Program UUM Summer Camp. pada 24 sehingga 25 Mei 2013 yang lalu. Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra, Kedah yang mana pelajar yang mengikuti program ini terdiri daripada pelajar Tahun 6 yang bakal mengambil UPSR 2013 tahun ini. 

Program yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk membina jati diri pelajar yang berpotensi dalam kepimpinan dan kecemerlangan. Selain itu, memupuk kekuatan identiti, mental dan komitmen sebagai pemimpin serta rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugas dan mempertingkatkan komunikasi antara individu dan kumpulan sebagai satu aspek penting dalam kepimpinan serta membentuk keupayaan peserta untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah kritikal bagi sesuatu situasi. 

Pelajar yang mana mengikuti program ini telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik antaranya seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Campus Explore di sekitar Universiti Utara Malaysia, Persembahan, Slot Sayangi Fasilitator dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga telah diberi kesempatan untuk merasai suasana hidup di dalam kampus. 

Pada 25 Mei 2013, Majlis Penutupan UUM Summer Camp. 2013 disebelah petangnya dihadiri oleh Dr. Hussein Abdullah, Timbalan Pengarah Akademik Pusat Ko-Kurikulum UUM sebagai menjalankan tugas Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UUM dan Guru-guru pemantau sepanjang program dan Pegawai-pegawai Pusat Ko-Kurikulum UUM.

Diharap aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini dapat memupuk semangat kepada pelajar-pelajar Tahun 6 ini untuk berjaya dalam mencapai keputusan yang cemerlang UPSR 2013 dan seiring dengan matlamat kami untuk menyunting semangat mereka bercita-cita melangkah ke Menara Gading.


Pelajar bergambar di hadapan pintu masuk Perpustakaan Sultanah Bahiyah


 Pelajar menyanyikan Lagu Tema UUM Summer Camp "Standing in the Eyes of the World"


Latihan dalam Kumpulan 


Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Ketua Fasilitator



Selasa, 11 Disember 2012

GPMS UUM lancar Modul Pembangunan Pelajar dan Tabung GPMS ‘Gaza Aku Datang’



Sintok : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS) Cawangan Khas Universiti Utara

Malaysia telah menganjurkan Majlis Malam Gala GPMS pada 30 November lalu. Majlis ini 

adalah simbolik kepada Pelancaran Modul Pembangunan Pelajar GPMS UUM dan Tabung 

GPMS ‘Gaza Aku Datang’.

Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk melancarkan modul pembangunan pelajar yang akan 


digunakan bagi membantu para pelajar mengasah kemahiran insaniah mereka. Pada majlis 

yang sama, Tabung GPMS ‘Gaza Aku Datang’ turut dilancarkan bagi mengumpul sebanyak 

mungkin dana kewangan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Sebagai badan bukan 

kerajaan (NGO), inisiatif ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial bagi mengubah 

nasib masyarakat seiring dengan peranan NGO sebagai agen perubahan.

Majlis yang berlangsung di Panggung Teater Eksperimen, Universiti Utara Malaysia ini telah 

dihadiri seramai 200 orang ahli GPMS UUM termasuk para jemputan. Pelancaran modul 

pembangunan pelajar telah disempurnakan oleh Penasihat GPMS UUM, Syamsul Anuar Bin

Che Mey@Ismail. Manakala, pelancaran Tabung GPMS ‘Gaza Aku Datang” telah 

disempurnakan oleh Pengerusi GPMS Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani. 

Majlis yang bertemakan ‘Takkan Melayu hilang di dunia’ ini turut diserikan dengan 

persembahan kebudayaan tradisional Melayu oleh ahli GPMS UUM sendiri. Menurut Shamsul 

Bahar Abd Rani, ‘majlis seperti ini wajar dilakukan oleh setiap NGO bagi meraikan ahli dan 

membantu orang lain yang tidak bernasib baik seperti di Palestin’.

Shamsul Bahar menyampaikan ucapan perasmian Pelancaran Tabung GAZA

Syamsul Anuar menyampaikan ucapan perasmian Modul Pembangunan Pelajar

Syamsul Anuar melancarkan gimik perasmian

Upacara memotong pulut kuning
Tetamu kehormat menjamu selera



Khamis, 11 Oktober 2012

Bengkel Go-Kart Sempena Majlis Konvokesyen Ke-25

Salam perjuangan dan Salam satu Malaysia. Alhamdulillah sekali lagi warga Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung telah mengadakan satu program sempena Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia kali ke-25,bagi sesi 2012/2013. Berkat kecekalan dan semangat bekerjasama dalam kalangan ahli Majlis Tertinggi dan Exco yang sanggup turun padang telah membantu dalam melancarkan program tersebut. Bilangan peserta sebanyak 35 orang telah memeriahkan lagi program sepanjang program tersebut berlangsung.

sesi penerangan sebelum para peserta dibenarkan untuk memandu go-kart.



sesi penerangan kepada setiap peserta soal keselamatan dalam memandu go-kart.

sesi uji pemanduan di litar yang sebenar

sesi pemberian sumbangan.







 

Rabu, 26 September 2012

HOPE DAY GPMS CAWANGAN KHAS UUM

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana pencarian ahli baru untuk sesi 2012/2013 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan mencari ahli baru sempena HOPE DAY UUM pada tahun 2012/2013. Semangat pasukan dan tolong-menolong yang ditunjukkan oleh semua orang amatlah dihargai. Semoga hubungan dan semangat ini diteruskan dalam memperjuangkan nasib bangsa kita. 

perkongsian idea dalam menghiaskan booth GPMS UUM.


kesibukan dalam mencari peserta baru 


Alhamdulillah..penyertaan yang amat memberangsangkan..


komitmen yang ditunjukkan dalam mendaftarkan ahli baru

Isnin, 18 Jun 2012

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR " MENJANA KEJAYAAN MENGGAPAI IMPIAN'

Assalamualaikum dan salam perjuangan :)

GPMS UUM dengan kerjasama GPMS Sungai Pinang telah berjaya menganjurkan satu program kecemerlangan pelajar di SK TAN SRI P. RAMLEE,GEORGETOWN,PULAU PINANG.

Seramai 44 orang pelajar serta ahli GPMSUUM telah menjadi fasilatator bagi memimpin adik-adik pewaris negara yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 25 Mei - 27 Mei 2012. Alhamdulillah,berkat sokongan padu Universiti serta GPMS Sungai Pinang sendiri yang diketuai oleh saudara Yaqkub Nazri,program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya..:)..

terima kasih tidak terhingga kepada semua fasilitator yg  sanggup turun padang berjuang untuk memperkasakan pendidikan orang melayu khususnya..

Kredit kepada Hazahar Zulkiflee atas gambar yang dikongsi..

Modul kepimpinan

AJK PENGINAPAN dan KEM KOMANDAN

SIJIL KEPADA WAKIL GPMS SUNGAI PINANG

PESERTA LELAKI TERBAIK

UCAPAN TERIMA KASIH GURU BESAR



EN YAQKUB menyampaikan cenderamata kepada guru besar

YDP GPMSUUM saudara Mohamad Amin menyampaikan plak kepada GPMS Sungai Pinang..







terima kasih :)

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang


Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati


Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung


Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More