Rabu, 26 September 2012

HOPE DAY GPMS CAWANGAN KHAS UUM

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana pencarian ahli baru untuk sesi 2012/2013 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan mencari ahli baru sempena HOPE DAY UUM pada tahun 2012/2013. Semangat pasukan dan tolong-menolong yang ditunjukkan oleh semua orang amatlah dihargai. Semoga hubungan dan semangat ini diteruskan dalam memperjuangkan nasib bangsa kita. 

perkongsian idea dalam menghiaskan booth GPMS UUM.


kesibukan dalam mencari peserta baru 


Alhamdulillah..penyertaan yang amat memberangsangkan..


komitmen yang ditunjukkan dalam mendaftarkan ahli baru

Isnin, 18 Jun 2012

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR " MENJANA KEJAYAAN MENGGAPAI IMPIAN'

Assalamualaikum dan salam perjuangan :)

GPMS UUM dengan kerjasama GPMS Sungai Pinang telah berjaya menganjurkan satu program kecemerlangan pelajar di SK TAN SRI P. RAMLEE,GEORGETOWN,PULAU PINANG.

Seramai 44 orang pelajar serta ahli GPMSUUM telah menjadi fasilatator bagi memimpin adik-adik pewaris negara yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 25 Mei - 27 Mei 2012. Alhamdulillah,berkat sokongan padu Universiti serta GPMS Sungai Pinang sendiri yang diketuai oleh saudara Yaqkub Nazri,program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya..:)..

terima kasih tidak terhingga kepada semua fasilitator yg  sanggup turun padang berjuang untuk memperkasakan pendidikan orang melayu khususnya..

Kredit kepada Hazahar Zulkiflee atas gambar yang dikongsi..

Modul kepimpinan

AJK PENGINAPAN dan KEM KOMANDAN

SIJIL KEPADA WAKIL GPMS SUNGAI PINANG

PESERTA LELAKI TERBAIK

UCAPAN TERIMA KASIH GURU BESAR



EN YAQKUB menyampaikan cenderamata kepada guru besar

YDP GPMSUUM saudara Mohamad Amin menyampaikan plak kepada GPMS Sungai Pinang..







terima kasih :)

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang


Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati


Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung


Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi





BAKSIS PERDANA : KONVOI DIRAJA SEMAIAN BAKTI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN ...

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, buat julung-julung kalinya GPMSUUM dengan kerjasam GPMS Perlis Indera Kayangan, Kerajaan Negeri Perlis,Jabatan Penerangan Perlis,Jabatan Pembangunan Wanita Perlis,Kelab Penyokong Menteri Besar Perlis,Majlis Belia Negeri Perlis dan KEMAS akan menganjurkan satu program BAKTI SISWA PERDANA : KONVOI DIRAJA SEMAIAN BAKTI PERLIS INDERA KAYANGAN bermula 1 Julai 2012 - 13 Julai 2012.


Tarikh =1 julai - 13 julai 2012 ( 12 hari )
Yuran penyertaan = RM 30 ( 12 hari )
MENAIKI PERODUA VIVA ( VIVA DAN MINYAK DISEDIAKAN )
T-SHIRT DISEDIAKAN

AKTIVITI YANG BAKAL DIJALANKAN :

1.konvoi perodua viva bersama penduduk perlis
2.perasmian program bersama menteri besar perlis
3.jelajah 5 buah kampung disekitar dun-dun negeri perlis
4.program anak angkat di 5 buah kampung
5.program motivasi perdana pelajar ( menjadi fasilitator )
6.program motivasi perdana keibubapaan
7.lawatan ke tempat-tempat pelancongan negeri Perlis.
8.program mempromosi UUM
9.program khidmat masyarakat "masih ada yang sayang"
10. pgram2 yg diatur menjanjikan seribu pengalaman yang tidak dapat dilupakan..:)

marilah bersama-sama kami kita jelajah perlis dalam program ABAKSIS PERDANA SEMAIAN BAKTI PERLIS INDERA KAYANGAN

BERMINAT..BOLEH LAH MEMBERI NAMA KEPADA SAUDARI CIK ROSMADILA (019-4945142) atau Wan Hilmi (011-19957688). Tempat adalah terhad!!.. Belajar Terus Belajar..

TERBUKA KEPADA SEMUA PENGHUNI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA..

"JOM KONVOI"

Ahad, 18 Disember 2011

Bingkisan dari Persidangan Agung GPMS Kebangsaan 2011

11 Disember 2011: Ahli-ahli GPMS di UUM di khbarkan berita gembira dari Persidangan Agung GPMS Kebangsaan 2011 yang bermula dari 9 hingga 11 Disember 2011 di UIA Gombak dengan penganugerahan sebagai GPMS Cawangan Khas Terbaik pada tahun 2011. Ini merupakan tahun ketiga buat GPMS UUM menerima anugerah yang sama setelah menerima 
Berikut merupakan bingkisan daripada 

Sumber : mahamissa.blogspot.com

Sabtu, 17 Disember 2011

Anugerah Khas presiden

Alhamdulilah dengan keizinan daripada Allah s.w.t Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia berjaya membawa pulang Anugerah Khas Presiden buat kali ketiga berturut-turut dalam PAt yang lalu. Kejayaan ini membuktikan komitmen majlis tertinggi serta barisan exco benar-benar berada pada landasan yang tepat. Perjuangan serta semangat gelombang hijau yang berada dalam diri kepimpinan serta ahli GPMSUUM diterjemahkan dalam bentuk hasil yang tidak pernah sama sekali kita bayangkan.

Saya selaku Yang dipertua GPMS UUM mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung dalam mengolah pergerakan dan aktiviti GPMSUUM. Kejayaan GPMS UUM kali ini merupakan kemenangan yang amat bermakna kerana buat pertama kalinya dalam sejarah anugerah khas presiden, GPMS UUM memenangi anugerah ini buat kali ketiga berturut-turut.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan GPMS kebangsaan. tidak lupa juga kepada barisan kepimpinan GPMS Kedah.Tidak lupa kepada ayahanda GPMS UUM Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid yang banyak memberi tujuk ajar dan nasihat kepada barisan kepimpinan GPMSUUM. sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada mantan YDP GPMS UUM. Kepada barisan kepimpinan GPMS UUM, anda merupakan krew terbaik sepanjang saya memimpin GPMSUUM. terima kasih juga kepada insan yang sentiasa bersama saya tatkala saya susah mahupun senang...penghargaan terakhir kepada ibunda yang tercinta serta arwah ayahanda yang banyak membantu meningkatkan motivasi untuk saya terus berjuang dalam memartabatkan anak bangsa.  Kepada semua YDP Cawangan Khas seluruh negara semoga persaingan ini menjadi persaingan yang sihat dalam usaha memajukan cawangan khas masing-masing.

Akhir kata, semoga GPMS UUM terus berjaya dalam usaha memartabatkan bangsa melayu. sesunguhnya, maju mundur, kaya miskin, dan hina mulianya bangsa itu terletak ditangan kita pejuang Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung....kejayaan ini berkat silaturahim kita sebagai satu keluarga

Sekian....

Khamis, 15 Disember 2011

HIDUP BIAR BERJASA!!

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama. Demikian pepatah Melayu yang menggambarkan pentingnya sumbangan, bakti atau jasa bagi sesuatu kehidupan.

Ramai antara kita cuba meneroka dan mencari makna kehidupan yang kompleks ini. Penerokaan dan pencarian ini berterusan sepanjang sejarah manusia, dan tidak ada petanda bahawa ia sudah terhenti. Orang mendapat jawapan dari pelbagai sudut pemikiran dan gagasan masing-masing – kepercayaan, agama, ideologi politik, pandangan hidup dan sebagainya.

Memanglah, berbanding dengan bumi, segala cakrawala lain dan bintang-bintang, apalagi jagatraya ini, maka kewujudan dan kehidupan kita relatif singkat. Barangkali kesedaran ini, dan sifat kehidupan  itu sendiri, menuntut kita memberi atau mencari makna bagi kehidupan itu. Kita tidak merasa puas jika segalanya wujud dan tiba-tiba berakhir begitu sahaja…

Sementara orang terus berdebat, berbeza pendapat atau gigih membina kepercayaan serta keyakinan masing-masing tentang kewujudan dan kehidupan umumnya, persamaan yang ketara di kalangan kita ialah pada pengisian kehidupan itu sendiri. Rata-rata orang melihat bakti, amal jariah, perkongsian, sumbangan atau jasa sebagai suatu yang memberikan nilai positif kepada kewujudan dan kehidupan sosial kita. Rata-rata orang, dari pelbagai tamadun, budaya dan kefahaman memberi penghargaan dan menggalakkan bakti, sumbangan atau jasa dalam kehidupan bermasyarakat, dan ini berkait langsung dengan proses pemaknaan hidup kita. Maka dengan itu timbullah kata-kata “hidup biar berjasa” yang menjadi cogankata kehidupan.
Barangkali amat wajar kita mewarnakan hidup ini dengan kerja-kerja yang dapat menyumbang kepada nilai-nilai murni kehidupan, di samping menyuburkan persefahaman, kemesraan dan kasih kemanusiaan. Usaha begini adalah bahasa dan isyarat yang mudah dimengertikan dan dihargai oleh kebanyakan orang. Kita turut merasa puas dan bangga dengan sumbangan demikian, di samping menjadi lebih sedar serta yakin bahawa kehidupan ini amat bermakna dan bernilai dan kita sekali-kali tidak mahu mensia-siakannya.

~ydp azmy

Rabu, 7 Disember 2011

Perjuangan Melayu Bukan Asabiyah



"TIDAK ada bangsa yang paling dimuliakan oleh Tuhan di dunia ini selain daripada bangsa Melayu di Malaysia, yang mana di dalam Perlembagaannya menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu ..."

Demikianlah ungkapan yang keluar daripada mulut Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria semasa mengendalikan Seminar Pemantapan Akidah di Masjid Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan beberapa tahun lalu.

Tidak dinafikan lagi bahawa memang benar di dalam Perlembagaan Persekutuan, termaktub takrif Melayu dalam Perkara 160 iaitu Melayu ialah orang yang lazim bertutur bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu.

Jelaslah setiap yang mengaku dirinya Melayu itu mestilah beragama Islam dan sesiapa yang murtad tidaklah boleh diiktiraf sebagai Melayu menurut Perlembagaan. Malah dalam masyarakat kita, apabila orang Cina atau India memeluk Islam, mereka juga dikatakan masuk Melayu. Ini adalah benar kerana sebagai seorang warganegara Malaysia, seorang mualaf itu pastinya boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan dan biasa dengan adat resam dan budaya Melayu kerana budaya Melayu Islam sebenar adalah asas kebudayaan nasional, dengan itu mereka juga wajar dipanggil Melayu menurut terjemahan Perlembagaan kita.

Oleh yang demikian, benarlah ungkapan yang menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Adalah suatu kejahilan sesiapa menganggap perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu sebagai bukan perjuangan untuk agama Islam dan sempit. Tidak boleh juga kita memisahkan antara Melayu dan Islam dengan memaksa orang lain supaya memilih samada mahukan Islam ataupun Melayu. Ketahuilah bahawa hubungan Melayu dan Islam itu adalah bagaikan aur dengan tebing, suatu hubungan simbiotik yang saling kukuh mengukuhkan satu sama lain. Pun begitu, ungkapan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu mungkin hanya sesuai di Malaysia kerana kita mempunyai Perlembagaan yang menyebut tentangnya tetapi mungkin di Singapura atau Indonesia lain pula situasinya.

Namun begitu, yang pastinya bicara kita secara khusus adalah tentang perjuangan bangsa Melayu di negara ini. Lupakan pertikaian dengan berhujah adanya Melayu Kristian di Singapura atau di Indonesia kerana bagi kita di Malaysia, tiap-tiap Melayu itu mestilah beragama Islam menurut Perlembagaan Persekutuan.

Setelah kita memahami bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, maka kita tidak boleh melabelkan perjuangan memartabatkan bangsa Melayu sebagai tidak Islamik atau asabiyyah. Perjuangan untuk bangsa Melayu adalah berbeza dengan perjuangan kebangsaan bagi bangsa-bangsa lain di dunia yang tidak diasaskan kepada agama. Perjuangan kebangsaan Melayu hari ini adalah disempadani oleh agama Islam, dengan sendirinya apa-apa yang bertentangan dengan agama maka ia bukanlah menjadi visi dan perjuangan bagi bangsa Melayu. Hal ini berlaku sejak turun temurun lagi dari mula kedatangan Islam di Tanah Melayu berabad-abad dulu. Bangsa Melayu memang terkenal dengan kuatnya berpegang kepada adat budayanya dan agama Islam. Ini diakui oleh semua orang termasuk penjajah.

Perlu diperjelaskan secara terperinci lagi bahawa dakwaan kononnya sesiapa yang berjuang untuk bangsa Melayu adalah berjuang atas dasar asabiyyah adalah silap sepertimana telah dijelaskan tentang batas-batas perjuangan Melayu di atas. Dalam sebuah hadith sahih disebutkan bahawa:
"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman." 
[H/R Abu Daud dan Ibnu Majah]

Juga disebutkan dalam sebuah hadith yang lain bahawa: 

"Dari anak perempuan Wasilah bin al Asqa', beliau pernah mendengar ayahnya berkata: Aku pernah bertanya : Ya Rasulullah, apakah sebenarnya asabiyah? Jawab baginda : iaitu engkau menolong kaum bangsamu melakukan kezaliman." 
 [H/R Ibnu Majah]

Jelas bahawa perjuangan kebangsaan yang disempadani oleh agama Islam tidak boleh diistilahkan sebagai perjuangan asabiyah kerana perjuangan kebangsaan sebegini tidak sesekali akan menyokong kemungkaran bangsanya. Sebaliknya asabiyah yang sebenarnya tidak terbatas pada perjuangan kebangsaan yang menyokong kezaliman sahaja tetapi turut meliputi perjuangan kelompok tertentu seperti kumpulan, parti, negeri, negara atau benua. Parti yang kononnya berjuang atas idealisme Islam juga boleh dilabelkan parti asabiyah jika mereka menyokong kezaliman puak-puak mereka.

Sesungguhnya tidaklah salah dan bukanlah kita berfahaman sekular jika kita mencintai bangsa dan tanahair kita sepertimana dakwaan sesetengah pihak. Nabi s.a.w. sendiri cintakan bangsa dan tanahairnya. Bahkan disebutkan oleh ulama kita bahawa:
"Cintakan tanahair itu termasuk daripada Iman."

Jikalah perjuangan kebangsaan itu salah di sisi Islam kenapakah pejuang-pejuang Islam dahulu seperti Burhanuddin El Helmi, Syeikh Syed Al Hadi dan lain-lain ulama yang berjuang untuk memartabatkan bangsa Melayu? Malah disebutkan juga Imam as Syahid Hassan al Banna bahawa beliau tidak pernah menolak perjuangan berasaskan semangat cintakan bangsa dan tanahair. Beliau berkata tentang nasionalisme Mesir:

"Sesungguhnya kita menjadi orang-orang Mesir di atas tanah yang suci ini di mana di sinilah kita lahir dan membesar. Mesir adalah sebuah negara yang beriman dan menerima Islam secara mulia, menolak segala penentangan ke atas Islam sepanjang sejarah, ikhlas dalam menganutinya, meluruskan padanya perasaan yang paling lembut, emosi yang paling damai, di mana ia hanya baik untuk Islam, tidak berubat kecuali dengan ubatnya dan tidak akan sihat kecuali melalui rawatannya. Atas sebab keadaan yang banyak, ia telah menjadi penjaga pemikiran Islam dan mendirikannya. Maka bagaimanakah kita tidak mahu berusaha untuk Mesir dan melakukan kebaikannya untuknya? Bagaimanakah kita tidak mahu membela Mesir dengan segala kemampuan kita? Bagaimanakah dapat dikatakan bahawa Iman dan Mesir tidak menepati apa yang sepatutnya diserukan oleh seorang yang mengajak kepada Islam dan melaungkan Islam? Kita berbangga kerana kita ikhlas untuk negara yang dicintai ini, bekerja dan berjuang untuknya, kita akan terus demikian selagi kita masih hidup dan berkeyakinan bahawa ini adalah pusingan pertama bagi siri pembangunan yang dicitakan. Mesir adalah sebahagian daripada negara Arab secara umumnya dan apabila kita berusaha untuk Mesir, maka ia bererti kita berusaha untuk Arab, negara Timur dan Islam."

Dr. Yusuf al Qardhawi juga ada menyebutkan bahawa: 

"Bagaimanakah kita hendak mempertikaikan kecintaan kepada negara sedangkan Nabi s.a.w. sewaktu keluar berhijrah daripada Mekah, baginda berkata kepada kota Mekah: "Sesungguhnya kamu adalah tanah Allah yang paling Allah cintai, kamu adalah tanah Allah yang paling aku cintai, kalaulah bukn kerana pendudukmu mengeluarkanku daripadanya, nescaya aku tidak akan keluar daripadanya." Apabila sebahagian sahabat menyebutkan tentang Mekah sewaktu mereka di Madinah, tergenang air mata Rasulullah dan baginda bersabda: "Biarkanlah hati ini memperakuinya". Tidak wujud di sana sebarang pertentangan di antara semangat kebangsaan yang bersifat fitrah dengan semangat keIslaman kerana tidak ada pertentangan di antara keduanya yang bersifat umum dan khusus."


Sekiranya seseorang itu adalah Melayu yang benar dan Muslim yang sedar, dia akan mendapati bahawa kebaikan untuk Melayu yang sebenarnya adalah kebaikan untuk Islam. Seorang Islam tidak akan mendapati halangan daripada agamanya untuk bermula dengan bangsanya di mana dia hidup bersamanya. Disebutkan dalam hadith sahih: 

"Mulakan dengan diri kamu, kemudian dengan mereka yang berada di bawah tanggungan kamu."


Sumber : Pejuang Melaka

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More