Ahad, 13 Oktober 2013

Salam Aidiladha 2013

  Pergi ke masjid bersama bapa, Diajak bersama rakan dan taulan, Selamat hari raya Aidil Adha, Salah dan silap harap dimaafkan   & Berhati-hati dijalan raya, Biar lambat asalkan selamat, Selamat Hari Raya Aidil Adha, Kepada semua Muslimin & Muslimat Ingatan tulus ikhlas dari kami... Barisan Kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UUM MT & EXCO kepada semua muslimin muslim...

Sembang Kampus Edisi Ke-2

GPMSUUM, Alhamdulillah satu lagi pencapaian bagi program yang telah terlaksana oleh Barisan Kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UUM dengan mengadakan sesi diskusi yang diberi nama SEMBANG KAMPUS EDISI KE-2 yang mengupas isu yang hangat diperkatakan oleh setiap Mahasiswa dan Mahasiswi UUM iaitu "SIRA : PERATURAN ATAU GANJARAN". Disempurnakan pada 10 Oktober 2013 jam 8.30 -11.00 malam bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam UUM. Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan ahli-ahli panel yang didatangkan khas yang berketepatan bagi mengupas isu yang berkaitan iaitu Encik Roslee Mardan merupakan Penolong Pengarah Pembangunan Pelajar UUM, Saudara Muhamad Hilmi Bin Hasnan iaitu Presiden Kor-Suksis UUM, Abdullah Zawawi Bin Shuhaimi...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More