Pada 9 hingga 11 Julai yang lalu satu program motivasi telah sempurna dijalankan. Program yang dirancang pada semester yang lepas laitu pada bulan April 2009 ini dirancang bagi meningkatkan jatidiri pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh sebelum mereka menghadapi SPM kelak.Seramai 116 orang perserta tingkatan lima dari Smk Laloh dan seramai 36 orang AJK dan Fasilitator dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia berkampung di Asrama Smk Laloh selama 3 hari dua malam. Program anjuran GPMS UUM dengan kerjasama SMK Laloh ini telah mendapat sumbangan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (Jabatan Perdana Menteri) bagi membolehkan program ini dilaksanakan tanpa mengalami masalah kewangan.Program Jatidiri ini dirancang oleh anak jati kampung...