Ahad, 13 Oktober 2013

Salam Aidiladha 2013

  Pergi ke masjid bersama bapa, Diajak bersama rakan dan taulan, Selamat hari raya Aidil Adha, Salah dan silap harap dimaafkan   & Berhati-hati dijalan raya, Biar lambat asalkan selamat, Selamat Hari Raya Aidil Adha, Kepada semua Muslimin & Muslimat Ingatan tulus ikhlas dari kami... Barisan Kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UUM MT & EXCO kepada semua muslimin muslim...

Sembang Kampus Edisi Ke-2

GPMSUUM, Alhamdulillah satu lagi pencapaian bagi program yang telah terlaksana oleh Barisan Kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UUM dengan mengadakan sesi diskusi yang diberi nama SEMBANG KAMPUS EDISI KE-2 yang mengupas isu yang hangat diperkatakan oleh setiap Mahasiswa dan Mahasiswi UUM iaitu "SIRA : PERATURAN ATAU GANJARAN". Disempurnakan pada 10 Oktober 2013 jam 8.30 -11.00 malam bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam UUM. Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan ahli-ahli panel yang didatangkan khas yang berketepatan bagi mengupas isu yang berkaitan iaitu Encik Roslee Mardan merupakan Penolong Pengarah Pembangunan Pelajar UUM, Saudara Muhamad Hilmi Bin Hasnan iaitu Presiden Kor-Suksis UUM, Abdullah Zawawi Bin Shuhaimi...

Ahad, 16 Jun 2013

Puisi MELAYU

MELAYU Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut Biar mati adat Jangan mati anak Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal Tanah sebidang mudah terjual Meski telah memiliki telaga Tangan...

Jumaat, 31 Mei 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester II sesi 2012/2013

Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan Barisan Kepimpinan Majlis Tertinggi dan Exco Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia (GPMSUUM) ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2012/2013 kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda. Semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan. Pihak GPMSUUM berharap semoga anda mendapat manfaat dan berkat dari ilmu yang dipelajari. "Kemudian apabila engkau berazam, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 159) DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YANG ...

Khamis, 30 Mei 2013

UUM SUMMER CAMP. SK PAYA KEMUNTING 2013

Salam Perjuangan dan Salam Satu Malaysia.  Sintok, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia dengan Kerjasama Pusat Ko-Kurikulum UUM telah menganjurkan Program UUM Summer Camp. pada 24 sehingga 25 Mei 2013 yang lalu. Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra, Kedah yang mana pelajar yang mengikuti program ini terdiri daripada pelajar Tahun 6 yang bakal mengambil UPSR 2013 tahun ini.  Program yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk membina jati diri pelajar yang berpotensi dalam kepimpinan dan kecemerlangan. Selain itu, memupuk kekuatan identiti, mental dan komitmen sebagai pemimpin serta rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugas dan mempertingkatkan...

Selasa, 11 Disember 2012

GPMS UUM lancar Modul Pembangunan Pelajar dan Tabung GPMS ‘Gaza Aku Datang’

Sintok : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS) Cawangan Khas Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan Majlis Malam Gala GPMS pada 30 November lalu. Majlis ini adalah simbolik kepada Pelancaran Modul Pembangunan Pelajar GPMS UUM dan Tabung GPMS ‘Gaza Aku Datang’.Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk melancarkan modul pembangunan pelajar yang akan digunakan bagi membantu para pelajar mengasah kemahiran insaniah mereka. Pada majlis yang sama, Tabung GPMS ‘Gaza Aku Datang’ turut dilancarkan bagi mengumpul sebanyak mungkin dana kewangan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Sebagai badan bukan kerajaan (NGO), inisiatif ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial bagi mengubah nasib masyarakat...

Khamis, 11 Oktober 2012

Bengkel Go-Kart Sempena Majlis Konvokesyen Ke-25

Salam perjuangan dan Salam satu Malaysia. Alhamdulillah sekali lagi warga Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung telah mengadakan satu program sempena Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia kali ke-25,bagi sesi 2012/2013. Berkat kecekalan dan semangat bekerjasama dalam kalangan ahli Majlis Tertinggi dan Exco yang sanggup turun padang telah membantu dalam melancarkan program tersebut. Bilangan peserta sebanyak 35 orang telah memeriahkan lagi program sepanjang program tersebut berlangsung. sesi penerangan sebelum para peserta dibenarkan untuk memandu go-kart. sesi penerangan kepada setiap peserta soal keselamatan dalam memandu go-kart. sesi uji pemanduan di litar yang sebenar sesi pemberian sumbangan. ...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More